Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 26 March 2011

SPM is not the end of your life!

lama tak update..tak tahu nak update apa..rasa bosan dengan kehidupan sendiri..ya Allah Nadia, sila bersyukur boleh??..orang lain banyak lagi yang hidup merempat, yang kau ni semua ada..apa nak lagi?? hishhh lempang baru tau! huhu

yang pentingnya aku homesick..homesick gila babeng! tengok la bila aku nak buat kerja gila, declare cuti sendiri selama seminggu hehe..da bagitau mak aku nak balik, mak tanya 'ada cuti apa?'..tanpa bersalah aku jawab 'cuti reka sendiri' :D..mak hanya mampu diam, sebab kalau dia  halang pun, nanti aku terpacak jugak depan pintu rumah tu..tak kan dia nak halau aku pulak kan?? paling tidak dia masakkan ikan bilis goreng sambal kering untuk aku..keh keh keh

midsem test tinggal lagi 3 paper..hari tu jawab PIL, standard jawapan la, ada yang yakin buat, ada yang rasa nak crumple2 kertas campak ke tingkap!..hehe..workloads macam tak berkurang je aku rasa..tapi kami tetap hidup dengan happy kat sini, tak terfikir pun nak terjun bangunan COLGIS tu -_-''..semalam aku tengok video budak nak terjun KB Mall..ada orang kata dia frust keputusan SPM, ada kata gaduh dengan bf..apa2 pun alasan dia, aku dapat konklusikan dia sebagai BODOH!..tak belajar ketamadunan and agama Islam apa?? nauzubillah

relax la weh, SPM je pun, kau ingat kalau dapat straight A pun, tiba2 boleh terpacak banglo 5 tingkat dengan Lamborghini 10 biji ke depan kau??..kau ingat result teruk kena campak dalam neraka?? dunia je ni, SPM bukan pengakhir kehidupan la..kalau sebab gaduh dengan bf, tak tahu lah aku nak describe kau sebagai apa..perempuan yang kena cerai dengan suami pun tak sampai bunuh diri tau!..bernilainya bf kau eh?? kalah mak bapak..kau ingat kalau kau mati bf kau nak meratap pilu setahun setengah?? idaknyeee..apa2 hal pun, fikir mak ayah ye adik2..ahkak sentap betul tengok video kau, nasib baik bomba tu tak terjunam sekali, dia ada anak bini oiii..kalau jadi apa2 kat dia, kau ingat bf kau tu nak kahwin dengan janda dia?? sara hidup anak2 dia?? heh!..aku rasa budak tu hidup lagi kot..ingat, selagi tak sampai ajal kau, kau tak kan matinya..kalau da sampai nanti, tak payah penat2 nak panjat2 bangunan, tengah tidur pun kau boleh goodbye!

buat entri time maghrib memang emo sikit..heh!

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance