Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 23 March 2011

special dedicated to my beloved ayah and my gedik sister

hari ini hari yang menggembirakan aku :D..hari ni hari jadi ayah yang ke-50..wow! separuh abad da en. Roslan, da layak dapat pangkat Dato' atok! haha..ayah aku seorang manusia yang over concern terhadap anak2 kesayangan dia..dan aku adalah anak yang paling sukar dikawal! -_-''..dia tak mampu kata apa2 da dengan aku..kalau aku nak keluar, aku just bagitau bukan mintak kebenaran sebab aku tau he never say NO to me..keh keh keh

dia la paling gelabah bila salah sorang dari family members aku sakit..mungkin dia trauma kitorang asyik kena admit kat hospital je..bila kau tengok ke'concern'an dia, kau boleh menangis terharu -_-''..ayah aku tak banyak cakap, mak aku adalah kawan baik dia..lepas mak dia meninggal, mak aku keutamaan dia..semua nak cerita kat mak aku sorang je, sungguh tak mengaplikasikan idiom 'sharing is caring'..=P..

tapi dia sweet dalam diam..aku ni gila udang, kalau makan char kotiau semua udang orang aku nak bolot..mintak mak aku jangan haraplah dapat kan, siap dia boleh mengalihkan pinggan lagi 'eh mana aci, da ada bahagian masing2 da la, tamak!' sampai hati dia cakap macam tu kat aku -_-''..maka aku pun pasrah makan udang 2 ketul je..tiba2 ayah aku letak semua udang dia yang siap dikopek dalam pinggan aku..mana la tak sweet weh! mak aku sumpah buat dek dia je, suka cari gaduh dengan aku -_-''..

aku ingat lagi malam sebelum aku kene admitted kat ward sebab apendiks..malam tu aku tak boleh tidur spenjang malam, asyik puke je..dalam 3.30 pagi dia kejut mak aku, aku dengar dia cakap 'jom la bawa Nadia pergi hospital, da dekat 10x dia muntah'..rupa2nya dia tak tidur sebab risaukan aku,T__T.. mak aku tidur kemainn lena..haha..mak aku memang easy minded sikit sebab dia tau ayah aku da cukup prihatin! haha

apa2 pun, he's the SUPERB GREATEST daddy!..ayah, HAPPY 50th BIRTHDAY..wish all the happiness here and 'there'..sorry, I'm not a good daughter, the most stubborn, but till death I'll LOVE you..really thankful to have father like you..mmmuahhhh! I miss you!

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

ini pulak hal adik perempuan aku yang ambil result SPM hari ini..hak ala, baru SPM?? orang da nak habis degree la weh! hahahahhahah..dia anak yang baik sikit la dari aku..mak aku pernah cakap, 'kalau boleh pilih, mak nak Nadzirah jadi anak sulung, Nadia tak macam kakak'..sentap ahkak dengan statement tu!..aku memang tak berapa ada sifat kekakakan sebab aku jarang dengan dorang, dari Form 1 mak aku pisahkan aku dengan adik2, so salah siapa?? hehe..Nadzirah tak banyak songeh macam aku

dia sumpah rajin gila belajar wehhh!..siang malam dengan note warna-warni dia..da macam kap lam ya nga aku tengok! hahaha..weekend mak aku da macam ibu tunggal balik kampung sorang2 sebab ayah kena temankan dia kat rumah, alasan tak nak balik kampung katanya nanti tak belajar..boleh?? hansap sungguh perangai! chill lah! haha..seminggu sebelum exam SPM dia pengsan kat sekolah sebab tak cukup energy..punyalah tak macho, da la badan macam sekeping plywood! hahahhaha

dari ahad ke ahad seterusnya ada je tution dia pergi..sampai mak aku cakap 'kalau dia dapat result teruk pun mak tak kisah sebab mak nampak usaha dia', sambil cakap sambil jeling aku..hambooiii makkkk!..tau la result Nadia teruk..yela, malam sebelum paper Kimia, 8 chapter aku tak cover lagi! hahahaha..aku dengan dia memang kontra gila2 punya..aku gila2, dia muslimah sikit..dia rajin, aku malas..dia dengar kata, aku degil tahap petaka ke 8..kenapa semua negative kat aku?? -_-''..tapi aku cantik, dia tak..hahaha pergi byebye la dengan statement kau Nadia!!

Nadzirah, congrats for your result..you really deserved it..terima kasih bagi hadiah yang tak ternilai on ayah's birthday..aku tak mampu lagi buat macam kamu, tunggulah aku bagi ayah cucu nanti! hahahaha..but don't put yourself in a comfort zone yet, jauh lagi perjalanan kamu..apa2 pun all the best for your future..aku insyaAllah jadi lawyer, kamu nak jadi apa? ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance