Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 16 March 2011

kempen memartabatkan bahasa

aku ni tak pernah la nak mengeji bahasa sendiri, tapi tak pernah la pulak bersikap murni nak berkempen melolong bagai  nak memartabatkan bahasa kita..kita ni, hidup biar humble *tiba2*..bukan tak nak buat, nanti janggut A. Samad Said gugur pulak sebab bangga tak terhingga kerana masih ada belia yang berjiwa murni..keh keh keh..

tapi disebabkan tugasan BM Pengurusan, aku and kawan2 terpaksa fikirkan something macam mana nak iklankan supaya BM terkenal di mata dunia..acehhh, padahal assignment 30% je, takdenye dapat masuk tv..so the ideas that we come out with are, buat video and buat poster..alangkah gembiranya sebab aku kena bahagian poster..buat video kalau takde kesabaran yang tinngi, mahu laptop terbelah empat!..aku pernah merasai perasaan seksa itu! huhu

nak buat poster memartabatkan bahasa memang boleh mengundang migrain jugak nak fikir, lain lah kalau suruh buat poster ingin mencari isteri solehah??, da ada model nya *sambil betul2 kan baju, sambil betul2 kan lipatan tudung*..Cha cipta slogan and masih tetap kami yang jadi  model..siapa lagi yang layak?? heh! :D

aku beria nak buat poster bukan bermaksud aku teror nak buat, tapi sebab kitorang da aim mangsa yang bakal menangis teresak-esak depan kitorang sebab kena paksa tolong kitorang buat *sambil letak pisau kat tengkuk mangsa*..kalau aku buat, maka poster akan transform ke pembalut nasi lemak -_-''..secara logiknya, aku jadi model and hantar nama je..poster 100% make by Mael, senior kitorang..keh keh keh..tq Mael, kerana bersabar dengan kitorang..kerana bersabar melihat aku and Cha makan keropok Super Ring sambil mengekek tengok tv depan kau, sedangkan kau berkerut dahi memikirkan design poster..kerana tetap tersenyum walaupun kitorang tak bagi idea langsung time nak create pantun..haha..kau memang hebat Mael, nanti time orang nak pinang aku, aku wakilkan kau untuk balas pantun pihak bakal tunang aku, aku yakin dorang akan tergagap! =P keh keh keh..Mael  memang sungguh takde kena mengena dengan subjek kitorang ambil tu hahaha

nak tengok hasilnya?? hehe..jangan kagum, jangan mintak aku contact number Mael, sumpah aku tak bagi sebab aku sorang je boleh susahkan dia! hahahhahah..dia siapkan 3 poster, dalam 3 jam je! kau mampu?? keh keh keh..sangat sesuai untuk dimintak tolong bagi students last minute macam aku ni! haha

cantik kan? look simple and easy..aku suka..tengok kaki la! hahahaha
jangan cuba cari paper tu kat luar, paper tu keluaran UUM sendiri bai..kau ada?? haha
kena submit kerja 16hb March, paper bertarikh 15hb March ;) hebat tak kitorang buat kerja?? keh keh keh

2 comments:

  1. sumpah mantap mael. hai mael :) sengal punya cha. sama je ngan kau. haha

    ReplyDelete
  2. mael la yg kau suke nama die tu wehh..haha..ko pun sengal =P

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance