Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 28 March 2011

hilang satu bala. cakkkk! muncul satu bala yang lain -_-''

kau tau bala?? yang penting bukan BALAkrishnan. bala ni masalah kau tau! masalah! aku tak tahu la ni bala ke rahmat tersembunyi. tapi memang mengundang carutan dalam hati. haippp! tak baik carut2 depan2, tak sopan! 
-_-''

tadi selesai satu masalah, bila aku da present kuiz 1 untuk BM Pengurusan. walaupun dapat komen dari lecturer 'suara awak terlalu kuat ye pembentang pertama'. its like ERK!! dan dapat selambak gelakan dari kawan-kawan seperjuangan, yang tak reti bagi sokongan, ces kau! mana ada suara aku kuat oh! tapi semalam ada jugak orang komen suara aku macam meriam! huhu. mak, mak, mak je yang boleh terima Nadia seadanya sob sob sob

lusa aku ada test criminal law. memang tak baca lagi. aku ada slogan 'last minute reading is the best!'. tak pe lah yang tu, memang sedia maklum. sekali petang tadi, memang dorang suka buat kejutan agaknya, ada announcement yang test family law pun will be held on the same date as criminal law. weh kau ingat otak aku diselaputi otak Elbeirt Enstein ke boleh cover 7 chapter dengan jayanya dalam masa satu hari??

elok2 da test tu patutnya on 6th April, siapakah gatal mulut mintak awalkan tarikh? memang durjana sungguh! kalau ya pun kau nak tunjuk kebijaksanaan kau menghafal segala kes dan akta dalam masa sehari, its not the place baby! kau menyakitkan otak 86 orang yang lain! its unfair!

setakat test, 20% je, ada apa hal kan? hangguk kau! sebab 20% ni la boleh menentukan aku lulus ke gagal faham?? memaki hamun lama2 pun tak guna, test tetap akan ada lusa! mari gunakan istilah redha redah di sini. semoga berjaya kawan2 ku yang tersayangg. we do our best ok! :) although its really a burdensome to us, mari buktikan bakal2 lawyer ni sanggup mengharungi apa jua cabaran *sedapkan diri sendiri*

wish us luck buddies! jangan terkejut bila kau tanya aku, 'Nadia, kau da makan??', maka aku jawab 'ha tu la, kalau kes cerai macam tu, selagi anak2 tak attain mumayiz, selalunya mak yang dapat hadanah'. hello crazy week! :D

2 comments:

  1. errr.. ape kena mngena ngn jawapan tuh? =__=

    ReplyDelete
  2. haha tu namanya otak da biul -_-''

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance