Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 9 February 2011

merentas desa

petang tadi aku teman cousin aku nak hantar barang dekat Lenggong..on the way tu kitorang singgah satu sekolah ni..aku nampak lah budak2 baru balik merentas desa..hahahaha..bapak bosan aktiviti..aku dulu paling benci benda tu..entah apa2 entah lalu kampung2 orang..setakat nak membina stamina badan, pusing padang sekolah pun da cukup

aku dengan kawan2 aku tak pernah nak berlari..tu lah peluang yang ada nak menghirup udara petang sambil gosip2 :D..agak2 penat cakap, singgah kedai orang kampung order tea o ais sebungkus..perghhhh! masyuk gila..kitorang la orang yang paling last sampai, paling langsi kalau check point punya khemah pun da tutup..pergi mam la rumah sukan aku tak de markah pun..ada aku kesahh?? haha..memang tak prihatin pada masyarakat betul cucu tok Tahir ni :)

aku paling tak boleh lupa, jalan lasak time form 2..sumpah lasak..hutan mana dorang tarah aku pun tak tahu, dengan jalan tanah merahnya..melekat-lekat kat kasut..hansap betul! jauh gila pulak tu..dari pagi sampai petang. kau fikir la berapa km kitorang kena jalan..ada satu part tu kena daki bukit curam nak mampus, dengan tanah merahnya..aku memang surrender, bukan sebab tak larat daki, tapi sebab kasut melekat dalam tanah..last sekali, Mr. Adli, satu2 nya cikgu yang ikut kitorang jalan tarik aku, cikgu lain naik motor pastu hambat macam suruh lembu balik kandang =P..nasib baik dia tough! kalau sekeping macam Ust. Ruzaini, mau dua2 tergolek ke belakang..haha..ampun ustazzz!

part paling best bila kitorang berhenti kat satu sungai tu..bayangkanlah, badan da berpeluh gila, tiba2 nampak air sungai jernih mengalir ala2 syahdu gitu..hape lageeeyyyyy! kabusshhhh la..perempuan mandi part belakang sikit, boleh bogel2 =P..tapi memang kitorang free hair pun, gila apa nak pakai tudung basah merentas jalan balik..tak koserr teman..tapi ada yang cover line la, walaupun ada yang tak baligh lagi time tu, tapi aurat kene jaga =P

on the way balik, dari tengkuk ke bawah basah..punya la jauh lagi nak balik, sempat baju aku kering..lagi 3km nak sampai, time tu nak lalu kat highway yang tak siap lagi, macam mana entah kaki aku boleh terpeleot, padahal pakai kasut sukan BASAH..terhinjut-hinjut aku jalan..sekali ada pajero sape entah lalu, dia tumpangkan aku balik sampai sekolahh..yuhuuuu gila wehh! kalau jalan atas batu2 kerikil kat highway tak siap tu, mahu sekarang aku tak de kaki sebelah..dan hasilnya, malam tu pun aku tak payah turun dengar ceramah sebab kaki terseliuh..heavennnn! bab ngelat memang mak incek sukaaaa! :D

4 comments:

  1. mangaihh org merentas desa ampa buat nakai na.. haha

    ReplyDelete
  2. alah hang, wat2 x biasa pulak! hahahhaha

    ReplyDelete
  3. weh..ak ingt ag time tuh' smbil jln ak merungut kat cg adli..pastu abeh aktiviti disaster tuh semua pakat jln kengkang sbb melecet celah kangkang..haha

    ReplyDelete
  4. hahhaha..kan2..acara plg syko skali! haha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance