Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 23 February 2011

library perlukan GPS

tengah hari tadi aku pergi library dengan Dira and Cha untuk pertama kalinya dalam sem ni..aku memang bangsa jenis malas pergi library..aku tak suka sejuk tipu (air cond), aku tak suka tak boleh cakap kuat2..lagipun nak cari bahan sekarang ni semua pakai type je (internet), sambil2 tu boleh tengok orang berjoget di youtube..sungguh bijak memanfaatkan masa, 2 in 1 orang kata..pinjam buku selalunya untuk cilok citation je..tak kuasa nyah nak baca buku tebal2 tu..keji punya perangai budak law!

aku dengan Dira nak cari buku pasal domestic violence, tajuk assignment individu kitorang..lepas dapat siri number dia kat opac, tahu opac?? ala2 sistem gps untuk buku la, tapi takdelah sampai dia bagi peta, melampau sungguh!..then kitorang menyelongkar la rak yang berkaitan..da 3x macam hilang anak aku ke depan ke belakang, still tak jumpa kau tahu! tak jumpa!..sebab tak puas hati, pergi check lagi sekali serial number dia..Dira pinjam pen dari kawan kitorang, sebelum ni catit guna handphone je..wah moden!

cari dan cari dan cari, tetap tak jumpa..dengan muka slumber tetapi dalam jiwa ada sikit rasa malu, pergi tanya kat librarian..dia siap call kawan dia tanya sebab pelik kenapa kitorang tak jumpa! da boleh buat cerita 'misteri rak ghaib di library UUM'..rupa2 nya, kitorang salah pergi rak..hahahaha..aku ni bukan takat failed geografi Malaysia, geografi library yang sekangkang kera tu pun failed!

da jumpa rak yang dimaksudkan, aku bersila depan rak gelakkan kebodohan diri sendiri..lagi buat aku gelak, sebab sesi peminjaman pen oleh Dira sebenarnya berlaku di depan rak tu..tu la orang kata, mata letak dekat lutut..eh if letak kat lutut pun boleh nampak apa, buku tu paras lutut je..lebih tepat, mata tinggal dalam beg! sebab aku tak bawa beg tadi..hehe

dalam hati aku berkira-kira, kalau librarian tu tanya aku sem berapa, sumpah aku jawab 'sem 1, december intake'..malu nyah, da 2 tahun duduk sini boleh sesat dalam library!

2 comments:

  1. slps ni boleh la berkampung dan tido di library supaya pisang xberbuah byk kali ...

    hahaha...:)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance