Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 24 February 2011

i'm in love with my girlfriends :)

hari ni UUM diisytiharkan cuti sebab TPM datang melawat sempena hari jadi UUM ke 27, boleh da 'bina masjid' ni..sila la melawat selalu, aku suka cuti2 ni..dia bawa anak dia yang Najwa tu dengar cerita, aku baru tahu yang anak dia lah yang berduet dengan Malique tu..fewiiiit! I jealous you dapat duet dengan Malique! =P..

jenis manusia yang tak sedar diri macam aku dan rakan2 ni, walaupun asignments segunung, cuti totap cuti! aku memang manusia yang menggunakan cuti sepenuhnya, dari C = come on, lets go to somewhere!, ke U = u can do what ever you want!, ke T = tidur sepanjang hari, ke I = I feel like I'm in heaven..

so tadi aku, Cha, Dira, Dila, Chot and Sheril pergi melantak McD kat Alor Star then teman Chot pergi specialist mata, dia sakit mata..memang la pergi specialist mata sebab sakit mata mangkok! takde nya orang pergi klinik mata sebab nak deliver baby! eh? haha..Wawa and Maria tak dapat ikut, biasalah orang ada komitmen lain, mana nak sama dengan orang bujang! hahahaha..ampunnn! mati aku kena sembelih kalau dorang baca ni..dorang ada kerja lain hehe..

mula2 ingat nak tengok wayang, sekali call cinema tu dia kata buka sampai pukul 6 je..oh lupa malam ni malam Jumaat..amboi amboi uncle, malam Jumaat je nak tutup cepat ye! hemoh hemoh hemoh! woi, orang baca yassin la! apa fikir bukan2..ish ish ish..pergi insaf sekarang!

then sebab memang nak aplikasikan cuti sepenuhnya, kitorang pergi main bowling..lama siak aku tak main, rasa nak tercabut jari baling bola 9kg..hok alo Nadia, orang pegang 12kg 3 jari je la woi! memang la pegang bola bowling guna 3 jari je sengal!..nak dekat last baru aku jumpa bola 7kg, baru boleh strike! *sapu2 tangan, tiup2 tapak tangan, buat muka bangga 0.o*

tapi kami lagi banyak buat aksi perempuan terlampau!..main belum half, gambar yang da ditangkap dekat2 100 keping..baru nak masuk 2nd half, dua2 lane kami stuck, hilang segala score..dasar dengki aku strike betul lah! haha..time tu area maghrib, manusia macam kami je ada dalam tempat tu, maka mula la buat onar..mesti syaitan berpeluk tubuh sambil menggeleng kepala tanda kesal sebab kami mengurangkan kerja mereka! -_-''..abang bowling tu suruh main balik semula sebab silap dorang, tapi apakan daya..yang wajib harus ditunaikan..acehhhh! padahal da sakit pinggang asyik membongkok nak baling bola masuk longkang!

kau mampu duduk atas lantai semata-mata nak bergambar??

bakal isteri2 siapa la ni?? baik redha! -_-''

baju merah tu memang gedik..abaikan! haha

eh aku sepatutnya tak perlu posing gedik begitu sekali..sungguh tak perlu!

4 comments:

  1. yang, ye lke strike ? ke strike longkang ? hahaha

    ReplyDelete
  2. 10 baling, sekali je strike! hahahahahha yg lain ke longkg la!

    ReplyDelete
  3. haha..sgat suka definisi cuti anda ok..nak copy!!..hahah

    ReplyDelete
  4. haha..sila2..nnt jgn lupe byr royalti =P

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance