Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 7 February 2011

common story

1. Melayu - korang perasan tak cerita Melayu semuanya lebih kurang sama..pelakon2 tu mesti businessman, rumah macam istana, kereta macam formula 1, pergi disko menari tunggang langgang, bercinta macam budak tak baligh..macam takde idea lain..ikut musim pulak tu, time musim rempit tu, segala pengarah gelabah tahan mat rempit tepi jalan offer jadi pelakon tambahan..sekarang sah2 musim hantu..sampai aku tak tahu nak tengok cerita apa kat wayang tu -_-''..taksub betul orang Melayu dengan hantu, padahal yang pernah gosip semeja dengan hantu, berapa orang je entah! memandai je buat muka hantu buruk2, sekali lagi hensem dari David Teo keh keh keh

2. Korea - aku layan beberapa cerita Korea..theme utama mesti lah CINTA kan..laki bongkak kaya nak mampus, sampai berak pun ada orang basuh..perempuan mesti gigih cari duit nak tampung family..ke kat sana memang perempuan yang sara keluarga?? =P..kalau tengok perangai laki, rasa nak hempuk2 je, nasib baik kacak..auwww! haha..lagi satu aku pelik, kenapa setiap cerita yang aku tengok mesti ada scene couple tu sembang depan cermin dalam bathroom sambil gosok gigi..da macam iklan darlie aku tengok..budaya dorang ke tu?? alolo sweetnye gosok gigi sama2, nanti aku nak buat lah dengan suami aku..mau kene hempuk, kejut dia tidur semata-mata nak ajak gosok gigi..hahahhaha

3. Hindustan and Tamil - ni apa lageyyy! mestila ada joget2..tiap 5 minit masuk lagu baru..overall, half of the story, kene tengok perempuan gelek..tapi best, dorang menari cantik, lagu pun sodapp.yang paling tak boleh bla, hero kemain kebal..kene tembak dengan M16 pun steady bangun dengan muka berdarah-darah..anne, very the macho la you..ammaaaa!..

4. China - kalau bukan pasal kungfu or polis sentri, mesti cerita pasal dinasti2 dorang yang entah tahun bila tu..rambut half botak kat depan, tapi panjang kat belakang..tak berkenan betul aku style rambut tu..rasa kene jalan mendongak sebab berat ke belakang..haha..tapi cerita kalau bab kungfu memang masyuk gile, kagum boleh tahap leleh air liur..tambah2 kalau Jackie Chan, Daniel Wu, Andy Lau yang berlakon..cong ceng cong ceng (bahasa Cina), maksudnya, very the stylo!

5. English - cerita dorang ni banyak yang masyuk..aku lagi berani pertaruhkan duit beli tiket wayang kat English movie dari movie lain sebab cerita dorang jarang menghampakan sanubari aku..cerita dorang buat kita percaya benda tu wujud..sebab tu aku selalu doakan seafarers tak kene tangkap dengan Davy Jones time sailing -_-''

overall, cerita cartoon jugak akan jadi top list aku..hahahhahaha

4 comments:

  1. hahaha bercinta macam budak tak baligh!suka ayat ni!

    ReplyDelete
  2. haha..cte melayu skang hntu pn da ntah ppe..cte tamil la bes..sila tgok sivaji the boss ye..haha..suggestion plak~~~..hehe

    ReplyDelete
  3. cter tmil best sbb tgk overacting dorg..hahha..oh! harus cr :D

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance