Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 12 February 2011

aku syak dia beli lesen terbang

pagi tadi, macam pagi sabtu yang biasa, aku pergi ko-k..naik bus, wah driver baru!..bila je driver tu start drive, aku da rasa dia ni macam first time bawa je..punyalah berhati-hati..gaya macam tengah test JPJ, and pegawai JPJ kat sebelah yang muka tak senyum misai melentik..slow gila dia bawa, kalau lumba dengan labi2 dan luncainya, sure kalah!..aku time L kereta pun bawa lagi laju dari dia, sampai cikgu aku cakap 'eh slow sikit, awak L baru'..oh L tu latihan, ingat lari tadi..macam tak percaya dulu aku boleh bawa manual..hahahhahaha

aku sabar je tunggu sampai kampus..rasa nak je cakap 'bro, aku tolong tekankan paddle minyak boleh?'..then sampai kat satu bus stop ni, dia berhenti kat tempat yang tak sepatutnya berhenti..apa lagi, bising la dalam bus..aku tak tahu apa masalah driver tu, sanggup dia call kawan tanya kena berhenti kat mana, why not dia tanya kami anak jati UUM ni..saje bazir kredit..ke malu nak tanya bang?? tu la, malu bertanya sesat jalan keh keh keh..aku mampu gelak sambil geleng kepala je..macam bagus! haha

then sampai la bus stop yang aku patut turun..ada sorang Cina ni keluar, time aku nak keluar dia tutup pintu..nasib hidung aku tak sondol pintu tu..hey bang, aku nak turunlah! ingat aku naik bus pagi2 buta ni semata-mata nak bersiar-siar melawat kampus ke?? hayohhh!..dia perasan dia silap, baru dia buka pintu balik sambil say sorry..aku nak senyum sebenarnya, in other way untuk bagitau 'its ok'..tapi macam mana entah, aku boleh tergelak, sinis pulak tu..haha..sorry la bro kalau terasa, lain kali kalau tak expert lagi, pergi practise dalam litar dulu..kalau aku expert, aku tolong da drive tadi :D

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance