Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 4 January 2011

tugasan bakal isteri solehah memang padat

sebagai anak perempuan sulung yang gedik suka terkinja-kinja bertanggungjawab terhadap keluarga, hari2 aku penuh dengan kerja-kerja rumah yang berfaedah seperti online, baca novel dan tengok movie..hehe..tu je la yang aku mampu buat untuk mengisi masa lapang..nak pergi cantas hutan belakang rumah tak terdaya, nak beramah mesra jiran pun takde

bangun je pagi *tak pagi sangatlah sebenarnya* aku kena mandikan budak2 ni..itu tugasan rasmi aku time cuti..dulu uruskan 6 orang, sekarang 3 da ke tadika, tinggal la 3..buka baju, buka pampers, mandikan, sabunkan, lapkan badan, pakaikan pampers, bedakkan, pakaikan baju, sikatkan, sidai balik tuala dorang..semua aku yang buat..hebat tak?? haha..hek eleh setakat benda kecil macam tu budak tadika pun settle..memang benda kecil tapi jadi besar bila aku kene terlolong terpekik nak panggil dorang yang da lari 100meter sambil jelir2 lidah kat aku sebab tak nak sikat rambut..hey la, mana aku tak hambat dengan tuala..sakit hati tahu tak dipermainkan budak berumur 3 tahun!

lepas tu kena pergi ambil yang lagi 3 kat tadika..nasib baik sekolah sebelah rumah, kalau jauh aku mintak extra payment..malu pun ada nak pegang tittle ibu muda beranak 3 yang sumpah disaster..yang lain semua da bongkok tiga tunggu anak2 habis kelas, aku je muda belia..kebetulan dorang 1 kelas, keluar pun sama2..aku sebagai kakak saudara yang prihatin, tunggu dorang 5 minit sebelum kelas tamat..nanti datang lambat takut dorang join budak darjah 1 pulak, tak boleh harap dorang tu..bila nampak je muka aku, terus dorang sound apa tau?? nape ayong datang amik?? kitorang boleh balik sendiri tau!!...bolehhh?? hansap betul..aku berbudiman berdiri kat situ, boleh dorang tak hargai..ingat da besar sangat la tu!!

kalau aku jadi cikgu, aku resign nampak budak2 bertiga ni 1 kelas, 1 meja pulak tu..hazab tahu jaga dorang!

tengah hari aku siapkan meja makan, masak barang2 sampingan..then basuh pinggan..lepas tu mula aku melepak melepek sampai malam..main game ke, online ke, baca komik ke..sungguh tak phd aktiviti aku..haha..lantaklah janji tak kacau orang..sebelum tidur aku kemas rumah sikit2 and gosokkan baju ayah and baju sekolah adik lelaki aku..da form1 pun tak reti gosok baju sendiri..rasa nak rendam muka dia dalam toilet bowl!!..dan esoknya aku ulang benda yang sama..bosan kan?? aku pun da bosan menype..bye! ;)


2 comments:

  1. hahha.bakal jadi budakbukansebarangbudak tu.

    hehhe

    ReplyDelete
  2. nk suruh cthi kau la ni?? lg la hncus! hahaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance