Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 30 January 2011

to my beloved future husband

ehem ehem..assalamualaikum hubby/dear/honey/kanda (please, feel free to choose), adoyai formal pulak rasa nak guna saya awak..takpelah, I still don't know who you are, please allow me to use aku kau..nanti da kahwin aku panggil kau guna panggilan paling suwwiiitt skali..meeoowww! *gatal pulak bunyinya*

kau apa khabar?? ada awek tak sekarang?? takpe2, teruskan percintaan anda,aku tak de hal..aku pun pernah bercinta what, chill chill..aku faham sangat kehendak remaja ni =P..kalau kau jodoh aku, satu hari nanti kau tetap berada di dalam genggaman aku..hahahaha *kejam gila gaya*..tapi bila kita together2 nanti, jangan ungkit kisah lama eh..past is past kan der??..tapi kalau kau tak de awek, lagi kelasss!! tapi tak aci la pulak, nanti kau tak bagi ex aku datang kenduri kita pulak..bagi la eh?? eh?? :)

ni aku nak cerita sikit perangai aku, kot2 jodoh kita family yang arrange kan ke, takut jugak kau tak boleh terima aku yang luar malu2 kucing tapi dalam nakal2 harimau ni..aku simple je orangnya..dalam hubungan, aku tak nak aku yang dominan, aku nak kau..nak jadi ketua keluarga kan?? ha pandai2 la decide apa2 pun, aku bagi cadangan sikit2 boleh la..tapi time aku nak terberanak, kalau kau suruh hold dulu konon2 nak suwwiitt bagi anak share sama birthday dengan kau, jangan kecewa kalau aku terderhaka!.

aku manusia yang susah gila nak mulakan something and buat keputusan yang melibatkan orang lain..harap maklum..kau jangan hangin pulak kalau kau tanya darling2, nak makan kat mana?? sama ada aku akan tunjuk mulut ataupun aku cakap suka hati la, ikut je..so bawa la ke mana2, medan ikan bakar ke, Johnny's ke, Mc'D ke, Secret Recipe ke..sungguh mak tak kisah, janji halal dan mengenyangkan perut and yang paling penting guna duit kau! haha

aku adalah perempuan dan berhati perempuan..get what I mean?? walaupun kau nampak aku brutal, cool, hati batu, keras kepala, tapi aku jugak sensitif bertempat..aku pun tak tahu bila aku sensitif, tapi pandai2 la jaga sensitiviti perkauman kalau tak nak tidur luar..tapi susah sikit nak suruh kau discover sendiri kan, kau kan  lelaki?? memang sah2 tak sama dengan perempuan..aku tengok kadang2 laki ni hati stone sikit, nak kena jerit kat telinga woii aku tengah merajuk ni!! baru nak paham..eh tak2,da kahwin nanti aku tak woi2 dengan kau, aku hormat kau eh..worry not..nanti aku bisik je kat kau yang aku terasa..tapi kalau kau tetap buat bodoh, minggu depan jemput aku kat rumah mak! hahahhaa..tak suruh pun mesti kau jemput kan?? kau mana boleh hidup tak de aku..wah, yakinn! haha

ha part ni baca betul2..aku tak reti express apa aku rasa..aku sayang ke marah ke geram ke nak bermanja ke..kau jadi suami aku memang kena jadi peramal mood terbaik aku..jangan terasa kalau aku tak cakap depan2 aku sayangg kau..fikir logik la der, kalau aku tak sayangg, aku tak berani nak kahwin dengan kau!!..ye dak??..kalau kahwin ni boleh try2 je takpe =P..tapi aku try la ubah sifat PEMALU tak bertempat aku ni..don't worry, for you I will ;)

kalau aku ada masa, nanti aku sambung lagi eh..aku nak tidur, esok ada kelas pukul 8 pagi!!..jaga diri tau..satu hari nanti, kita jumpa, insyaAllah..kalau ada awek, jaga dia elok2, don't hurt her..mana tau aku boleh jadi kawan dengan dia satu hari nanti.. :) good nite love =P

8 comments:

  1. ehem2 ganaih naa..larii kaum2 lelaki.. hehhe

    ReplyDelete
  2. haha ayat last terbaik! hehe..

    ReplyDelete
  3. nub : luar je gns, dlm hti ad tmn~ haha

    chinatsu : hehe ;)

    ReplyDelete
  4. nadddyyy, aku nak tiru tajuk kau. hehe

    ReplyDelete
  5. yanee : hehe sila2
    fatyn : buatlh jugk ;)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance