Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 10 January 2011

syurga air dalam ladang kelapa sawit

cuba teka kat mana?? tak pun cuba google..cer cuba cer cuba..haha..time on the way pergi semalam aku tak sangka langsung aku akan melalui ladang-ladang kelapa sawit untuk sampai ke lokasi..rasa macam nak kene culik pun ada lalu tempat-tempat macam tu..tapi bila sampai, walawehhhh!! pandai dorang sorok syurga air dalam felda..

aku bab2 air ni memang suka, laut je aku mandi dengan ayu2 tunduk muka sebab takut legam..haha..aku pergi kat Sungkai semalam dengan makcik-makcik aku..jangan la bayangkan makcik aku pakai kain batik mandi pulak, makcik aku vogue, pakai tight gitu..haha..best la tempat dia, aman damai sebab dalam ladang kelapa sawit kan, hijau je environment..dia ada dua jenis kolam, air sejuk and air panas..mula2 aku mandi kat air mata gunung..tak tahu pulak aku gunung boleh menangis keluarkan air mata yang sumpah sejuk..dalam jugak air dia, sampai dagu aku *ke sebab aku pendek -_-''*..

then pergi kolam air panas..hey memang menggelegak weyh!! mau masak telur..tapi memang ada part tu boleh rebus telur..ada part boleh rendam kaki je, therapy part..angkat kaki sure merah kaki kau macam udang panggang..aku masuk kolam yang biasa je, tapi panas gak..aku berani rendam takat pinggang je, karang ada yang makan Nadia rebus karang..huhu

 aku tak sampai nak berendam bawah air terjun tu -_-''

ni kolam air panas..kalau ada di lokasi kejadian, nampak wap2 dia

tempat dia tak lah segah lost world semua, simple je..tiket masuk pun RM10 sajo..tapi best sebab air natural, tak bau klorin..dinasihatkan siapa nak pergi bawa makanan sendiri, makanan kat sana sumpah rasa haram..aku mengekek gelak tengok lifeguard dia..aku rasa tu orang felda, semua badan macam giant..nak selamatkan orang memang payah kot, tapi nak jadi pelampung insyaAllah =P..aku tengah aim nak pergi Melaka Wonderland and Gambang Waterworld..siapa nak bawa aku?? aku belanja paddle pop!

*gila pemblog  tegar, dalam masa berapa jam 3 entri aku create

5 comments:

  1. yeahh! :) first2 terbaca Kiah -_-''

    ReplyDelete
  2. kiah pon kiah laa...hihihihi

    ReplyDelete
  3. uit.. nie kat kuala woh kew??
    bg alamat surat mnyurat tempat nie..
    hahahaha... =)

    ReplyDelete
  4. nub : xyh la perli =P haha

    lukman : eh ntah, tp npe aku cm pernh dgr nme woh tu..haha..nnt aku lukis peta utk kau ye ;)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance