Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 29 January 2011

Khurafat


setelah berapa kali wayang penuh, akhirnya semalam dapat juga tengok cerita ni..aku memang tak into cerita2 macam ni, tapi da semua orang kata best, try la jugak..what I can conclude is, cerita ni SERAM!! bukan apa, banyak gila unsur2 suspen and hantu dia nampak real..ceh! macam aku pernah minum semeja dengan hantu =P

then kitorang pergi makan char kotiau Ghani kat Jitra..perghh! terbaik!!..instead of char kotiau, nanti aku nak perli abang tu abang, char taugeh satu eh..slacknya banyak taugeh, jenuh aku nak ketepikan..tapi rasa memang marvellous..tiap kali pergi sana mesti aku teringat kawan aku, Paan, sebab nama ayah dia Ghani and dia duduk Jitra..kalau la tu kedai ayah dia punya.........hehe

then sebab nak buang masa, lepas maghrib kitorang jalan2 kat Jitra Mall..ada makhluk mengidam roti canai,  around pukul 9 lepak mamak pulak..kerjanya makan, makan, makan!..da nak dekat pukul 11, kitorang pun nak balik da..sampai parking lot, aku nampak kereta yang kitorang guna tu lupa nak tutup lampu..ah, sudah!!..2 jam kot tersadai tak tutup lampu..da la tempat tu tak de orang sangat, and kitorang semua perempuan

memang try2 start enjin pun harap maklum la kan..yang kelakarnya, kitorang boleh lagi lepak dalam kereta gelak2 sebab tak tahu nak buat apa..aku tau kene jumping dari kereta lain, tapi mana nak dapat kereta lain tu??..aku try tanya 2 makhluk Allah yang aku rasa dorang tahu pasal kereta ni..sorang tak delivered message nye, nasib baik sorang lagi call..dia explain beria kat aku, last2 aku gelak and cakap aku tak paham..hahahha..sia2 je kau telefon aku..tak silap aku dia suruh kitorang tolak kereta and driver masukkan gear 1 secara mengejut ke apa ntah..ha memang, memang kitorang larat nak tolak kereta laju2..last2 aku cakap kat dia, aku cari alternatif lain

aku dengan Cha pun redah pergi tanya sorang abang ni..muka pecah rumah tapi baik ooo..so don't judge a book by its cover..ada la 4 5 orang yang tolong..tak de dorang aku rasa malam tu kitorang check in kat mana2 hotel agaknya..ayah tau ni mampus aku kena buat korban..Alhamdulillah, sampai jugak kolej dekat2 midnite..nak sangat buang masa kan?? =P..badan da flat gila, after mandi aku nak tidur..dan hasilnya sampai pukul 4 pagi aku tak boleh tidur..and pagi tadi kena bangun pukul 8, pergi ko-k..ha tahniah!..kawan aku cakap ada 'benda' ikut kitorang balik..ha gelak macam syaiton lagi kat highway 'keras'..padan muka!

conclusion yang dapat, lepas ni jangan balik lewat malam..Cha lagi la bagi cadangan tak munsabah, lepas ni kita seret mana2 laki ikut kita..helloooooo, dengar cerita kita kekurangan kawan laki kat sini!!..apa salahnya jadi gadis gamble ;)..sekali sekala ada unsur2 suspen, cara jugak!

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance