Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 6 January 2011

asal petang je lapar, asal lapar je petang

ceh! padahal 24jam aku lapar..aku tak tahu apa masalah perut ni, kat rumah lapar memanjang..kalau kat kolej, aku da macam unta, makan sehari stok 3 hari..mana la makcik aku tak cakap aku macam jerangkung hidup! kalau nak mengutuk pun bagi la contoh sedap sikit, macam Paris Hilton ke Kate Moss ke kek coklat moist ke..ada ke bagi persamaan dengan jerangkung, da la jerangkung tu hodoh, hodoh pulak tu..ha nampak tak macam mana aku nak sampaikan betapa hodohnya makhluk tu..ke korang nak kata aku pun................?? ok2 takpe2, takyah kata, simpan dalam hati..

start pukul 4 petang, mula la otak aku berputar-putar fikir nak makan apa..time dia baik, ok la dia bagi cadangan makan roti canai + mee bandung..lepas solat asar boleh berdesupp ke lokasi bakal kejadian..tapi time dia buat hal, ada ke patut nak makan mc'd..sungguh tak bertoleransi otak aku ni dengan nafsu..berapa kali da sound, nak keluarkan idea bagi logik sikit..kat Kuala Kangsar ni lubang mana aku nak dapat Mc'D..semata-mata nak makan sebiji double cheese burger + french fries + coke + mcflurry oreo, aku kena habiskan at least RM20 duit minyak plus tenaga kaki kanan tekan paddle minyak and brek..belum dapat memang ghairah, da kenyang rasa macam ehh ruginya, duit minyak lagi mahal dari duit mc'd..harap kerajaan paham apa yang aku cuba sampaikan..semestinya apa yang aku cuba sampaikan ialah membina sebiji Mc'D di Kuala Kangsar..keh keh keh

aku dengar cerita harga minyak naik lagi?? yeke?? takpelah, selagi mak bapa aku still bagi monthly income tanpa menurunkan amount sambil memberi alasan subsidi aku ditarik sebab harga minyak naik, aku cool je lagi..sampai turn aku nanti, susah2 sangat, aku rasa nak sambar jet je sebiji..jet guna tenaga solar kan??eh eh ok lah, nak pergi melantak roti telur 1 buku..bye!

4 comments:

  1. hareemmm,..beli jet naa.nak pinjam..hihi

    ReplyDelete
  2. boleh2..xnk beli kereta jugk ke?? haha

    ReplyDelete
  3. kuala ade mekdi la..kat lembah..
    pgi la cube..ramai org!

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance