Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 23 January 2011

ada je hal nya

supposedly aku ambil 7 subjek sem ni..wah!! bajet hebat..5 subjek law, 2 subjek picisan..haha..aku selalu rasa subjek selain dari subjek law yang aku kena ambil macam TITAS, hubungan Etnik, dll tu subjek picisan..subjek menembak time final..bila dapat result aku yang rasa ditembak! padan muka! =P

tadi ada announcement, siapa ambil 7 subjek kena drop satu subjek sebab kredit hour untuk praktikum masuk sem ni bukan sem depan..hayoh! hayoh! nak drop antara 2 subjek picisan tu pening sikit la nak pilih yang mana..ala2 kau letak Johnny Depp dengan Cyril Takayama depan aku, dua2 pun rasa nak terkam..haha..gila gelojoh!..

nak drop BM Pengurusan rasa macam boleh skor A..sungguh berkeyakinan tinggi aku ni, belajar pun tak start lagi, da rasa dapat A..bagus2, mana datang riak entah?? =P..BM je pun weh, aku bukan duduk California tak reti BM hehe..walaupun lecturer aku tu kuat bebel sikit, tapi jauh di sudut hati aku rasa dia baik and boleh counting huehuehue..lagipun takde mid sem plus final dia 80 objektif nyah..ayuh mari menembak! ngahahaha

lagi satu subject English for Hospitality Purpose..subject ni tak de final tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 100% lie on field work and course work parah jugak..buat lecturer skema, bagi markah ikut piawai SIRIM naya tak naya jugak la..field work kena pergi hotel buat apa aku pun tak pasti sebab time briefing hari tu aku blur dengan apa tujuan sebenar aku ambil subjek ni haha..hoi! ingat aku nak kerja kat hotel ke nanti?? tapi tujuan subject ni nak menajamkan communication skill kita and memang patut ajar aku biar cakap lembut sikit dengan orang! ;)

setelah ditimbang tara, aku and beberapa orang yang lain nak drop English, tu sem depan kita ambil..kalau rasa susah ambil benda lain..hehe..sebab lain drop English, masyaAllah studio dia tinggi melangit gua cakap lu!..boleh buat CPR kalau kau berlari naik pergi kelas tu..tak caya cer cuba lari naik tangga 5 tingkat tak silap aku, dengan beg macam guni beras beratnya..ha sila! sila!..

oh praktikal punya hal..bulan 6 ni InsyaAllah aku praktikal kat mahkamah tinggi Ipoh, tinggi berapa meter tak tahu la pulak aku..siapa2 nak tengok aku kena baling fail dengan judge sila la melawat aku..jangan lupa melawat time area lunch hour, boleh bawa aku pergi makan..aku kalau tension makan banyak..Affan, Mc'D ayam goreng spicy 1 large set, porridge dengan twin twist ok?? ;)..aku da dilantik jadi deputy public prosecutor ke nanti, aku belanja kau domino's pizza pulak..wahaha!

*I'll try my best for this sem ;)

2 comments:

  1. haha. nnt nk dtg melawat la mase kt ipoh :P

    ReplyDelete
  2. eh sila2..boleh nadia dpt mkn free hahahaha!

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance