Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 29 December 2010

tak boleh terima kenyataan

satu benda yang aku perasan pasal sikap manusia ni, tak boleh tengok orang lain lebih sikit..jiran ada kereta baru dia nak, adik beli tv baru dia dengki, kawan tambah bini baru pun dia nak..padahal lupa diri sendiri tak mampu..lupa tengok cermin agaknya..tipu sangatlah kalau aku kata aku tak pernah rasa dengki kat orang lain..tapi bila telek diri sendiri, la baru perasan memang tak layak pun nak dapat

mana tak nya, jeles orang dapat dean list, padahal diri sendiri study last minute..jeles orang lain ada itu ini, tak sedar diri sendiri tak berduit..tak payah nak jeles la, sedar diri sikit..bila kita sedar siapa kita, kita tahu kat mana tahap kita, kita akan bersyukur dengan apa yang ada..ye dak??

tak payah la nak cakap itu ini..dia naik pangkat kau kata dia kaki ampu, da kau kaki ngumpat bilanya nak naik pangkat??..dia dapat dean list kata dia bawa toyol, padahal kau tak tahu dia bersengkang mata baca note time kau membongkang atas katil..ni semua sikap orang pendek akal..da kalah, nak tutup malu, burukkan orang pulak..dasar hati bangkai!

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance