Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 31 December 2010

feelingless

bila semua orang sibuk nak cipta azam baru, aku tak pernah kisah..bila orang terkinja nak sambut tahun baru, aku tak pernah ambil tahu..aku tak berminat! ada apa dengan tahun baru?? pong pang pong pang cerita kat orang azam tahun baru, berapa orang je yang dapat laksanakan? heh!..beria nak berazam sana sini, masuk 2 Jan semua lupa azam masing2..betul tak? hik hik hik

aku tak pernah berazam apa2..tahun baru ke awal muharram ke..cuma awal muharram ada la baca doa akhir tahun dengan awal tahun *kalau ingat*..kalau nak berubah tak payah tunggu tahun baru, bila2 pun boleh berubah..konon azam tahun 2011 nak jadi lebih baik, padahal pukul 12 karang kau teguk todi jugak..kah kah kah

aku da lupa apa jadi kat aku tahun 2010 ni..boleh?? haha..sebab tu aku buat blog, sebab nak ingat apa benda yang jadi sepanjang hidup aku..tapi sumpah masa makin cepat berlalu..tak caya tunggu, tak lama lagi ada la entry aku ajak korang datang kenduri kahwin aku..hehe..tak percaya 10 April nanti umur aku da 21..mari lah mari, pergi mengundi, tunaikan kewajipan pada negara..aku da boleh mengundi yawww tahun depan..bila hah general election?? tak sabar gua nak memangkah..haha..yek yek je! entah2 da ada anak sorang pun aku tak pergi register lagi..kui kui kui

sedih ni oi! girlfriends and boyfriend aku nak balik menuntut ilmu da..aku terkontang-kanting kat sini..tula, dulu mak ayah suruh belajar malas, kan sekarang da terpinga-pinga..orang lain beli  berus hanger stationeries toiletries nak masuk belajar, kau beli bawang ikan santan ayam nak masak..nasib badan, otak tak berapa nak perform..terpaksalah duduk rumah belajar masak kot2 boleh ganti Chef Wan..haha

*saja dengki tak nak wish new year! 

2 comments:

  1. aku berazam nak cari 1 azam..

    selama ni xpenah ada azam. bhahahaha

    ReplyDelete
  2. cr azam xpe, jgn cari Azam..hahaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance