Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 11 December 2010

berkira-kira nak beli private jet

aku rasa da 10 entri aku merungut pasal bas..yela, tu je la alternatif aku nak balik Perak, dengar cerita airport Ipoh da jadi muzium..haha..aku tak pernah ada kenangan manis dengan bus..tadi aku naik bus pukul 10pg..sekali seat aku basah..siapa ntah yang tak bermoral membuang kat situ..hehe..taklah, air aircond bocor..sungguh cilake! 

then aku pindah seat belakang sekali..lagi psycho! kerusi tak boleh ke belakang and bila bus berhenti, bus tu akan terhenjut-henjut macam papan jongket..gila tensi aku..belakang tu ada langsir, aku main2 la langsir tu, aku kan tak reti duduk diam..tiba2 keluar orang kau..terkejut mak!! wow!! langsir Aladdin..kibas2 keluar orang..kalau la yang keluar tu macam Azad Jasmin, aku kibas 10x..ngeh ngeh ngeh..gatal Nadia!..rupa-rupanya belakang tu ada katil untuk co-driver tidur..ayya uncle, kinapa tak kasi tau awat-awat?? boleh gua landing dalam sijam dua..aku nak curi2 masuk, tapi mamat sebelah aku stare daring punya, macam 'kalau kau masuk, aku join'..hoish! tak berani I..I sunti lagi..auww!

sampai Alor Star aku da pening macam cium bau kambing duduk belakang tu..aku turun, cari paper kosmo..selak2 bahagian muka Rozmey, buat alas punggung bahagian seat basah tu..hah legaaa~ dapat duduk kerusi aku balik yang boleh laras ke belakang..lalu aku tidur dengan jayanya sampai Perak..

sekarang aku ada kat rumah..best ooo..syurga dunia ni..aku cuti sampai 15 Januari..sempat la nak hantar anak pergi tadika buka sekolah nanti..hehe

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance