Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 9 November 2010

masalah study

salah satu kelemahan terbesar aku, tak reti nak study kat rumah..eh sebenarnya aku memang tak reti2 nak study walaupun tahu tahap IQ sama taraf dengan budak darjah 1 -_-''..salah satu faktor aku tak reti study kat rumah sebab dari form 1 aku stay kat boarding school..so setiap kali bali rumah, tak kisah la tahun ambil PMR ke SPM ke, aku tetap anggap rumah adalah tempat untuk honeymoon..nak study or nak buat assignments kat rumah?? oh jangan harap!!

lagi satu masalah aku, aku tak boleh study kalau bukan under pressure..under pressure di sini membawa maksud, malam-sehari-sebelum-exam-baru-gelabah-fotostat-note / pagi-nak-hantar-assignment-baru-kecoh-nak-pergi-print..ye! aku memang manusia yang type 'last minute'..selagi belum sampai 16 jam sebelum kejadian, aku akan cool je..keje under pressure aku baru menjadi..boleh mengadap buku 2 jam tanpa henti..kalau tak, alamatnya 5 jam online, 5 minit jeling buku..jeling je ok!! jeling!! bukan baca pun..paling tidak pun aku just baca nama2 author dia..yang dasyat sikit, da 5 bulan beli baru perasan tak tulis nama lagi kat buku -_-''

aku tengah gelisah ni..instead of having study week, U aku bermurah hati bagi study month!! lecturer2 mesti da bersedia nak dapat jawapan paling brilliant dari all the students..yela mesti la expect much kan, da dapat a MONTH untuk study..huhu..da dapat cuti sebulan, jadahnya aku nak stay kat hutan tu kan..so sekarang aku kat rumah..aku balik sana untuk exam, 21hb Nov ni..hayohhh amma!! kelemahan mencengkam jiwa..kat rumah maknanya apa?? maknanya tak reti nak study!! bila exam?? lambat lagi!! so?? takde pressure!! tak boleh nak study..matilaaaaaaaaaaa aku!!

aku kene ubah sikap ni kalau nak masa depan yang cerah wei!! mak aku da warning nak cucu2 dia hidup senang nanti..auww!! go beyond betul pemikiran mak ni..hehe..ok lah, langkah pertama; petang ni keluar pergi beli pen sebab aku tertinggal kat hostel..haha..nampak sangat takde niat nak study kat rumah..nasib baik aku tak lupa bawa buku -_-''

korang ada sama masalah dengan aku tak?? tolong la kata YA dengan yakinnya..kalau tak aku rasa aku loser

3 comments:

  1. nad jgn risau..aku pun sama je mcm ko..hahahaha :)

    ReplyDelete
  2. nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

    ReplyDelete
  3. chot : haha..aku tau kita SERUPA..haha

    mr lonely : will visit u :) thnks for visited me..do come often :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance