Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 2 November 2010

Malaysia akan rugi takde rakyat macam aku :D

aku tak tahu nak cerita pasal apa sebenarnya..suasana study week memang sungguh membosankan bagi student pemalas macam aku..sunyi gila blok, ramai manusia balik ke habitat asal..bunyi jiran bilik sebelah kentut pun boleh dengar tahu!! haha..selalunya aku update kalau ada cerita menarik jadi kat aku..boleh buat kenangan hari tua..setakat aktiviti harian; tidur, facebooking, makan, dengar lagu, mengumpat, stalk orang, sampai ke tua aku buat aku rasa..hehe

ha!! ada cerita..aku kan duduk kat utara Malaysia sekarang ni..memang utara sungguh, lagi 8km sampai Siam..kat sini da beberapa hari hujan tak berhenti..ada setengah kawasan da banjir..kolej aku steady lagi..hehe.majlis graduation pun terpaksa ditangguhkan sebab jalan nak datang UUM ni ditutup gara2 banjir..da macam laporan Metro entri aku kali ni..haha

sejuknya tahap ke tulang sum sum..tak pernah2 aku on kipas volume 1, selalunya 5 je..tak pernah2 aku tak mandi berselimut sepanjang hari..tak pernah2 aku mengigil mandi..betul tak pernah!! da la kolej aku atas bukit..dapat bayangkan tak betapa winternya cuaca kat sini..

bila da sejuk, mula la aku lapar je kerjanya..ces! padahal memang sentiasa akan lapar..tapi kedai banyak tak buka..peniaga tak boleh masuk sini sebab jalan tutup..alah makcik, apa ada hal..apa guna ada boat, sampan dan jetski di Malaysia ni?? apa kegunaan dia?? apa?? ha pandai..kenderaan di atas air..agak2 tak nak makanan basah, apa guna Najib beli kapal selam kalau bukan untuk rakyat kan?? pinjam la..apa lageyyyyy!! perut saya ni harus diutamakan..probability saya jadi pemimpin negara di masa hadapan tu ada, probability saya melahirkan anak bakal imam negara pun ada..kalau saya mati kebuluran siapa yang rugi?? Malaysia dan negeri2 nya jugak..cuba fikir betul2..jangan kerana perut, negara binasa..heh'

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance