Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 30 October 2010

perasmian konvo UUM

malam semalam aku and the gang pergi pesta konvo..saja buang masa..lepas ni kan kitorang da takde exam =P..mula2 pergi makan2..makanan sumpah rasa macam hape je, tu tak pe lagi..sekali harga macam kitorang bawa duit malam tu just nak habiskan kat makanan..ces! tak berbaloi-baloi..consider la sikit, da la tak sedap, mahal pulak tu..kau tu jual dalam kawasan universiti, bukan dalam pavillion!

then kitorang round2 dekat kedai2 jual baju, tudung, kerongsang, kasut bagai..aku pun pelik UUM ni, konvo macam ekspo membeli belah..tahulah banyak kawasan terlebih..UUM ni kalau buat Jusco 3 tingkat pun muat tahu!! nak bina disneyland sekeping pun tak de hal lah..budak2 ni masuk rumah hantu..belum masuk da jerit apa hal derr?? haha..aku?? aku......eh cerita perasmian lagi best..jom! jom! aku cerita

kitorang pergi la kat tapak perasmian..mula2 ada pertunjukan dari budak2 suksis and palapes..dorang buat apa aku pun tak paham..time tu da start hujan renyai2..tapi kitorang stay jugak..then ada persembahan dari Tomok..ha ni lagi satu habit UUM, sure jemput artis la..kalau sorang takpe, ni 5 6 orang..hari ni aku tak tahu la turn Shahir AF ke Maulana AF..persembahan dia biasa2 je..time dia pergi tengah padang, ada orang baling air kat dia..haha..nasib baik memang hujan, kalau tak kau basah la sorang2 ye Tomok.. :D

ha part ni paling best..pertunjukkan motor..perghh!! kagum I..berdiri atas motor, pusing 1 pusingan padang..ada yang sambil main gitar, main kompang, buat persembahan api, joget2..macam2 la..memang best!! kagum aku seketika..tak rugi kene hujan..lepas tu dorang buat persembahan motor lompat melepasi 8 orang, lompat melepasi 3 kereta pun ada..fuyoooo!! kagum tak habis lagi ni..hehe

bila nak balik baru berhenti hujan..so penangannya, pagi tadi aku sakit kepala gila..and rasa nak demam sekarang..tapi cool lah! seatakat update blog ada apa hal..kalau nak baca buku, harus demam panas seminggu..haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance