Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 16 October 2010

klk - kegiatan luar kuliah

semalam aku pergi klk untuk ko-k, dan SEPATUTnya hari ni pun aku kena pergi..aku pun tak tahu macam mana aku boleh upadate blog ni..haha..

semalam seharian telinga aku dengar muzik..orchestra la, bagpipe la, angklung la..kalau korang nampak aku tengah elok2 jalan and tiba2 aku berjoget tu maknanya alunan muzik2 tu masih terngiang-ngiang kat telinga aku..hehe..nasib baik 1 kelas dengan Maria, kalau tak mati kutu aku duduk situ dari Subuh sampai Maghrib..huhu

graduation day nanti kitorang kene buat perfomance..satu lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan by Syahir AF and satu lagi Highland Graze..lagu second tu sumpah macam nak iring orang mati..al lombab nak mampus..nasib baik lagu gabung ngan group bagpipe, baru sodap sikit bunyinya

and aku baru tahu jurulatih aku tu sebenarnya muda lagi..bawah 25 umur dia!! wow!! patutlah cool semacam je..selama ni aku panggil dia encik, sebab tu aku rasa dia tua kot..hehe..aku tak tahu dia dapat telinga jenis apa, peka gila dengan note2 music..eh Beron dengar cerita dulu dia belajar kat institusi seni..memangla kalau nak bandingkan dengan kau yang belajar Law je, tak berseni langsung! haha

en. Ikhwan, saya bukan tak nak datang hari ni..pagi tadi mata saya tak boleh bukak sebab migrain..tadi nak buang sampah, tangan kene timpa dengan besi..petang ni insyaAllah la saya tak datang jugak sebab en. Ikhwan takde tangan saya sakit..macam mana nak goncang angklung tu?? kalau boleh guna kaki saya datang :D

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance