Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 18 October 2010

hampir ke penghujung

bila test da habis, assignment tingal seketul, maknanya final exam da nak dekat!! 10 hari lagi wehhhhh!! apa pun wa tak baca lagi..matilaaa..cool Nadia cool..duniawi je ni..hahaha..tak sangka da nak ke penghujung sem 3..tahun depan aku da sem 4 weh!! fuyooo..lagi setengah perjalan untuk grad, itupun kalau takde paper sangkut..hehe

banyak perancangan aku dalam hidup..nak kahwin dengan jutawan, nak rumah 4 tingkat beserta lif, nak melancong ke luar negara 3x setahun..nak ada kerja tetap yang kukuh ekonomi, nak ada keluarga yang sederhana dan bahagia, nak cukup ilmu agama..kalau jodoh lambat sampai, nak sambung master kat ober c..tapi tu semua just perancangan ketika berusia 20 tahun..mana tahu da umur 22 tahun tukar perancangan nak cuba nasib dalam bidang lakonan pulak ke..hahahha..aku just usaha yang terbaik, yang lain terpulang pada Dia :)

owh! kelas banyak da habis..part paling best bila bangun tidur pagi2 just untuk pergi sisa2 kelas je..sebelum keluar bilik kene pastikan katil tegang, senang balik nanti terus terjun tidur atas katil..oh syurgaaa~~ :D..hari ni pun ada 1 kelas je..tarakucaca betul..gaya aku bersenang lenang macam tak de final exam kan..hehe..oh 13hb / 14hb Nov nanti aku balik Perak..wehhuuuuu~~ time tu ada gap exam..tak sabarnya, dekat 2 bulan aku tak menjejakkan kaki kat bumi Perak..balik untuk raya haji and uncle aku bertunang..aku ingat nak join uncle aku bertunang, tapi takde siapa nak bertunang dengan aku sekarang..tak pe lah, aku jadi tukang sembelih kambing pun ok apa =P haha..eh kalau ada orang nak masuk meminang, roger sebelum awal bulan 11 ni eh..haha..ada yang makan sup terompah ni karang!!

aku tengah makan gula2 fruit plus ni..teringat budak2 kat rumah..kat rumah aku wajb ada benda ni, at least 2 perisa..sebagai umpan untuk budak2 ni kalau dorang gaduh or nangis secara berjemaah..nak bagi diam, gula2 ni la ubatnya..aku pelik kenapa budak2 suka sangat gula2..senang gila nak pujuk, bagi gula2 je da diam..ada jugak yang kene culik sebab kene umpan dengan gula2..hek eleh 5sen je pun benda tu..kalau aku la, takde Cyril Takayama kat depan mata, jangan harap aku tergoda! hahahha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance