Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 21 October 2010

Bukit Kayu Hitam (gamble - moto hidup)

hari ni aku tak de kelas..ni namanya nikmat2 kecil dunia..hehe.so pagi tadi aku, Cha and Dira pergi Alor Star semata-mata nak makan Mc'D ok..sadis kan?? nak makan Mc'D kene menempuh highway selama sejam..tapi sebab da sangap sangat, gigih juga sewa kereta sebab Maria tak dapat pergi, dia ada kerja

lepas makan Mc'D bla la dari situ..then Cha ajak pergi Bukit Kayu Hitam (BKH)..sumpah kitorang gamble gila..masing2 tak pernah pergi..aku last pergi darjah 5 kot..Cha nak ajak pergi 1 kedai bundle RM1 yang dia kata baju2 kat situ maha cantik..so sebab awal lagi, berbekalkan muka yang cool, kitorang redah je

sampai imigresen kitorang da cuak..takut terlepas ke Thailand..matilaaaa!! tapi sebab moto hidup adalah gamble, maka ayuh teruskan!! mula2 masuk 1 simpang ni..mak ai, orang2 dia tengok kitorang macam kitorang Miranda Kerr..hehe..yang Cha ngn Dira da cuak kambing..aku yang drive ni tak rasa apa pun, sebab aku kan suka bersangka baik kat orang..hehe

lepas imigresen kitorang jumpa 1 shopping complex nama The Zone, which is kawasan bebas cukai..boleh tahan jugak la harga2 kat situ..kasut dari RM200++ boleh dapat RM170++..murah la kan??..aku beli satu beg letak handphone, aku pernah tengok kat luar harga dia almost RM20, tapi tadi aku dapat dengan harga RM7, kau mampu?? haha..ada perfume..tapi paling best masuk kawasan jual chocolate..aku yang tak berapa minat chocolate ni pun rambang mata..*wink wink*..makanya, sem depan kami bertekad nak pergi shoping kat situ..hehe

tapi kedai bundle nya tak jumpa2..bila da nak keluar, kitorang try belok kiri, sekali nampak sign board SELAMAT JALAN..ah sudah, karang ada yang kene bom karang..so kitorang patah balik..on the way nak balik, aku rasa 3 kali kene tahan dengan imigresen and Unit Pencegah Penyeudupan (UPP)..relax la bro, takdenya kitorang nak seludup pelacur dari Thailand, kat Malaysia pun banyakk..haha..time kat imigresen kitorang tanya pakcik tu mana kedai bundle..bile dia da explain, dia cakap ada ke baju perempuan?? ni nak beli untuk bf la ni..amboi! amboi! pakcikkkk..kasar gurau..kalau nak beli untuk bf pun, takde la kami beli kat bundle..tak mo ye pakcik gurau macam tu da, sentap mak! hahahhahaha

setiap kali kene tahan mesti dorang tanya mai mana?? aku tak tahu nak jawab apa sebab aku tak paham kehendak soalan..so aku jawab kitorang dari UUM..ok la tu dari aku jawab oh, Mai kawan kitorang tengah tidur kat bilik!! ok tak lawak..eleh pakcik, nampak semua perempuan dan2 nak tahan lama2..kalau nak buat menantu cakap je, barang hantaran pun boleh beli dekat The Zone je..hehe

last2 jumpa tempat yang kitorang cari..tapi sumpah scary kedai tu..macam nak roboh pun ada..aku pelik macam mana senior aku boleh dapat baju yang cantik kat situ dengan harga RM1..nak pegang pun aku tak nak tadi..aku sanggup beli baju dekat The Zone..hek eleh Nadia, asyik2 The Zone, jakun gila!! mentang2 baru 1st time pergi..booooo! haha

*jangan bagitau mak aku tau aku pergi..sshuuuhhhhhhhhh...nanti ayah aku pegang lesen aku -_-''

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance