Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 4 September 2010

biskut raya

pagi tadi aku tak tidur sampai sahur..lepas sahur baru tidur..then pukul 9.30am makcik aku kejut suruh tolong buat biskut raya..krim salam la nak bangun kan, ngantuk gile..tapi lepas tu aku tak lena da, golek2 je atas katil..makhluk kat dapur ingat aku tidur agaknya, macam2 dorang kata aku..tiang elektrik tu bila nak bangun -_-'' tau la aku kurus, tak payah la panggil tiang letrik..pastu mcik aku cakap aku rasa nadia kahwin nnt, suami dia tak bershur agaknya..hoi cantik sikit, da kahwin aku tau la nak buat kerja..pastu mcik aku yg sama ckp blk aku dulu macam dia jugak, smpai arwh mak risau laki aku tak makan, tgk2 leps kawin terlebih makan laki aku..ha tau xpe..hehe

sebab tak tahan kene kutuk tanpa sempadan, pukul 10.30am aku pun bangun nak tolong2 apa yang patut..mak yang bancuhkan..kitorg lenyek2, sapu planta, tabur badam, letak dalam oven, angkut dari oven, susun dalam balang..dapat la 7 bancuhan hari ni..esok nk sambung lagi..nak siapkan biskut almond london dengan sarang semut..tadi da siap biskut nestum :)..nanti mak nak buat biskut corn flakes untuk aku..

aku sebenarnya tak suke buat biskut raya time puasa..tapi fikir2 balik, tak kan nak buat biskut raya time bulan rejab pulak kan..aku kalau puasa, nampak katak goreng pun boleh leleh air liur..tu yang malas nak melibatkan diri dengan makanan sebelum maghrib tu..bila buat tu, aku rasa macam biskut tu nganjeng aku wek! wek! tak boleh makan! tak boleh makan! tu yang sampai aku ramas2 biskut tu, geram punya pasal..lagi hangen bila budak2 makan hasil tangan aku tu depan aku smbil ada bunya kruk! kruk! krak!, da tu cakap uii dapnye..sabar je la..padahal bila da berbuka bukan aku makan pun..nafsu time lapar je..hehe

biskut nestum..sape datang lambat rumah aku nanti, tinggal biskut keju tu je..haha

biskut lain yang akan disambung pembuatannye esok :) (kalo aku rajin) haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance