Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 19 September 2010

berkawan

sejak aku pandai cari kawan time kecik2 dulu, sampailah sekarang, Alhamdulillah aku pandai pilih kawan..ehem' jarang dapat kawan yang bersifat songsang dari perangai aku..maksud aku kawan rapat la..kawan2 biasa ramai yang bersifat terbalik dari aku..contohnya aku cantik tapi mereka tak..haha..tak2..contohnya mereka baik dan aku kurang baik..ces! tak nak mengaku jahat lagi tu..

dari main2 dengan kawan kat taman, pergi tadika, sekolah, universiti, orang sekeliling aku semua menyenangkan..seingat aku, aku takde musuh..dalam diam orang benci aku tu entahla kan, itu hak dia..aku jarang gaduh dengan kawan2..sebab aku rasa sangat RUGI kalau gaduh2 ni..kawan BEST ohhhh!! takde kawan, baik kau pergi terjun gaung je, aku nasihat ikhlas ni..mereka sangat berbudi di kala senja, malam, senang dan susah!! tambah2 kalau hidup kat asrama, nak harapkan mak bapak memang tak terharaplah..tak kan Universiti ko kat Dublin, bila demam mak ayah kau nak datang dari Malaysia semata-mata nak bagi panadol..kalau kau anak orang kaya lain cerita la..so ngan kawan2 la tempat bergantung..takde kawan tak boleh gelak kuat2..tak kan nak gelak sorang2?? gila apa??

bagi aku dalam berkawan ni kita kene adapt diri kita dengan environment..contohnya nak kawan dengan harimau kene lah buat perangai macam harimau, kalau kau tergedik2 macam rusa, memang mintak buat as juadah bbq la tu!!..takde istilah aku mana layak kawan dengan kau dalam bersahabat..selagi kau pandai masuk dalam komuniti tu, 1000 orang akan berkawan dengan kau!!

jangan buat orang annoyed dengan sikap kau..walaupun kau lawa, kau HOT macam Megan Fox sekali pun, kononnya la..tak payah nak tergedik2 canang kat semua orang yang setiap laki yang baligh dalam dunia ni suka kat kau!!..walaupun kau kaya, ada BMW 18 biji tersusun rapi depan rumah, tak payah nak bagitau 1 dunia yang kau ada semua tu..come on la!! wake up bebeh!! wake up!! dalam berkawan orang tak pandang MUKA dan HARTA, orang pandang HATI..auww!

so hargailah kawan kita..sebab kawan yang baik kau tak kan jumpa kat lorong Hj Taib!!..jangan tikam kawan sendiri, yang da banyak tolong kau..walaupun kau tiba2 kene rasuk syaitan benci kat dia yang pernah berbudi kat kau, at least kau kene hargai apa yang dia pernah buat kat kau..kalau kau kawan yang baik, kau tak kan jatuhkan maruah dia depan orang ramai..tak ke mana weh tak de kawan..Nabi pun time berdakwah banyak dapat support dari KAWAN2 baginda :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance