Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 29 September 2010

amboi! amboi!

tadi aku ada test business accounting..otak tertinggal dalam loker sekolah yang telah dibakar rasanya bila masuk kelas account..semalam aku cuba jugak nak pahamkan..haha! mangkok! hari ni exam, semalam baru nak cuba pahamkan memang bagai anjing dan bayang2 nya lah! tak tau apa kaitan..tapi korang mesti fahamkan..tak pernah faham-tapi bila nak exam-malam tu baru buka buku..bijak kan?? :)..lepas aku mengadu domba pada Atiqah yang pernah ambil subjek ni jugak weh jawapan aku tak balance..dan aku sangat suka jawapan dia..dia memang kawan yang paling supportive weh standard la tu untuk budak yang takde basic account, aku belajar setahun pun tak pernah nak balance! hahaha..ok tutup cerita pasal account!

amboi! amboi! tutup terus ke??

fenomena normal students lah kan bila TERlupa ada assignments..tadi baru TERsedar yang Ahad ni kene hantar 2 assignments; criminal law report & full draft analysis ucapan pemimpin untuk retorik..criminal law la yang rasa macam nak gantung diri kat kipas..presentation macam siotann!! report kita tengoklah darjah kesiotannya macam mana pulak! haha..yang retorik tu hantam saja lah! da la ucapan tu paling sikit 10ms.. subtitle cerita transformers boleh jadikan as ucapan tak?? ucapan pemimpin autobots!! haha

amboi! amboi! da tau banyak assignments nak update blog lagi ke??

sejak 2 3 hari ni, kelas rasa macam neraka dunia..kau bayangkan air-cond tak boleh berfungsi sebab air takde!! memang sauna habislah aku dengan ayu berbaju kurung..yang syiokk sebab lecturer habiskan kelas awal sebab tak tahan panas..hehe..tapi masalah paling besar bila rasa nak terkucil..minum tak ingat diri, bila pergi toilet air takde..memang hazab!! da tahap boleh kena penyakit batu karang

amboi! amboi! over U nyah!!

start bulan depan kene mintak extra money kat mak..aku sekarang kuat makan..pagi petang siang malam senja makan je kerjanya..mak aku kene paham, kanak2 nak membesar memang kuat makan!! tambah2 time tension2 belajar ni kan..takpun claim kat en. sayangg, dia yang suruh aku gemuk sikit!! haha

amboi! amboi! sejak bila kau kanak2 Beron?? lempang sedas baru tahu!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance