Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 31 August 2010

sahur di Kachi

aku kan tak pernah bersahur kat sini, tapi semalam sebab malam terakhir di bulan Ramadhan berada di Kachi, so KAMI (aku, wawa, dila, chot, sheril, chena, ain nadia) bermuafakat nak makan besar!! aku jadi mandor semalam, tukang tengok je sambil baca komik..haha..

aktivit mula start pukul 10malam and berakhir 1 pagi..marvellous de albino!! dimulakan dengan sandwich bakar, cucur ape ntah and last sekali nasi goreng..aku makan sandwich macam memang sandwich tu disediakan untuk aku sorang..pastu banyak lebih, kitorang ketuk bilik jiran tetangga, bagi dorang makan..muliakan jiwa kami?? :)

trip ke 2 cucur apa ntah..aku tak makan sangat sebab da overload dengan sandwich-sumpah-sedap..mula2 elok je goreng..pastu macam2 request, nak bentuk love la, segi tiga bermuda la..aku request bentuk mickey mouse, jadi bentuk setan bertanduk!! apekah?? haha

last trip nasi goreng, sumpahla aku makan 3 suap je..da tak larat..dengan 3 jag air, bukan aku minum sorang eh, kongsi2..overall sangat enjoy malam semalam..lepas tu kemas2, sembang2, dalam pukul 4 pg tidur bergelimpangan ramai2..ni la yang seronok duduk hostel..ko mampu? haha..walaupun dilarang memasak, tu jugak la yang kitorang buat..buat benda yang dilarang orang la paling best sekali!! haha

ni ape hal aku update pagi2 buta ni?? aku nak balik Perak weh karanggg!!..berkobar ni..punyalah berkobar, sampai tak tahu nk kemas apa..da sebulan ++ aku tak balik rumah..mesti rumah tu rindu kat aku..yang paling penting, aku nak melawat 'rumah' baru tok.. =')

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance