Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 3 August 2010

kehilangannya memeritkan, perginya takkan kembali ='(

semalam aku and kawan2 ada sikit perbincangan HOT kat court tennis..tiba2 aku dapat notification dari celcom yang bagitau adik call, semalam line celcom memang mcm s***!!..aku da tak sedap hati..kalau adik aku call after mid night, mesti ada benda yang tak aik jadi..then I called her back..

and when she picked up the phone, I heard she was crying..aku da gelabah, tapi dalam hati aku da 'ya Allah, tok!!'..betul jangkaan aku, tok aku dah dijemput Ilahi, pukul 11.30 malam, 2 ogos 2010..ya Allah..aku just boleh menangis and sedekahkan al-Fatihah time tu..

paling aku terkilan, aku tak dapat balik untuk bagi penghormatan akhir untuk arwah..kalau aku balik pun, tak sempat..mak pesan 'Nadia doakanlah dari jauh'..aku cuba tak menangis bila mak call, and Alhamdulillah aku boleh tahan..aku tak nak mak aku bertambah sedih, dia lagi terasa sebab tu bapak dia..

tok la satu2 nya tok aku yang tinggal..now I have no more..tok aku side ayah meninggal time aku 4 tahun..so selama ni, dia lah tempat seorang cucu nak bermanja..sebak bila teringat, macam mana dia tak kan lepaskan tangan aku bila aku bersalam dengan dia..bila dia suruh aku cium  pipi dia..bila dia marah kalau cucu2 dia bising time dia tengok tv..oh kenangan!! =')

raya kali ni da takde dia duduk kat kerusi menunggu giliran anak2 nak minta maaf..da takde menu dia akan sediakan untuk berbuka puasa..da tak de kuah sardin pekat untuk di makan dengan capatti yang sangat marvellous, nenek aku pun tak boleh lawan dia buat..everything will change..mesti sayu tengok kerusi malas dia nanti, tengok ubat2 dia kat dapur, tengok tongkat dia..ya Allah kuatkan hati aku ='(

tok, amanlah di sana..kami di sini, sentiasa mendoakan kesejahteraan tok..moga tok ditempatkan di sisi orang2 yang beriman..al-Fatihah

tok, Nadia sayangg tok =')

notesasukehati : first time aku buat entri yang aku tak berhenti menangis ='(

3 comments:

  1. saba ye nad. tok ko mst xsuke tgk ko nangis2. banyak2kan la sdekah kn al-fatihah tuk die. smoge arwah tok ko dikalangan org2 yg beriman. aminn.

    ReplyDelete
  2. Naddyy sayang, semua yang hidup pasti akan mati kan. Be strong, girlfriend :)

    Al Fatihah

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance