Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 24 August 2010

kahwin muda

weh! weh! jangan gelabah, jangan gelabah..bukan aku yang ak kahwin..just nak bagi pendapat :)..aku tengok sekarang ni da jadi trend zaman P. Ramlee balik, yang ramai orang kahwin muda..tak de la muda sangat, kiranya dalam 22 da dapat anak seorang..muda la tu kan?? aku rasa time aku umur 22, aku baru nak belajar masak kot!! haha..

kahwin muda ni banyak factors yang kene ambil kira..paling penting bagi aku, EKONOMI..selagi ekonomi tak kukuh, nak intai kad kahwin pun aku tak berani..sekarang duit sangat perlu!!..dengan cinta tak boleh beli beras 15kg, dengan muka yang handsome pun tak boleh nak sediakan sebijik rumah flat..so sapa yang nak kahwin muda ni sila la cari laki yang ade 2.5 juta dalam bank luar negara..haha..bagi aku, tak cukup sumber kewangan la boleh buat sampai cerai berai..aku tak nafikan, kahwin muda ni sungguh stylo..aku pun suka tengok, muda2 da ada anak..so sweet..nanti anak da remaja  boleh jadi kawan baik kau, kiranya tak de gap sangat lah

faktor ke 2 aku rasa TANGGUNGJAWAB..susah nak cari laki yang umur 20 tapi da penuh dengan ciri2 bapak mithali..laki kan di ibaratkan lambat matang 5 tahun..kalau ikutkan umur 20 tu, maknanya pemikiran dia baru macam orang berumur 15 tahun..alolo comelnya bercinta dengan budak form 3, da macam adik2 :D..aku tak kata semua, tapi ada la..kan? kan? :)..so kalau tak bertanggungjawab tu memang susah la..malam2 still nak lepak ngan kawan2 kat mamak..bukan tak bagi lepak..tapi kau kene ingat yang kau ada tanggungjawab yang lagi besar kat rumah..kalau hari2 nak lepak, baik kau kahwin dengan mamak tu..ye tak? ;)

tapi ada kebaikan kahwin muda ni..ELAK MAKSIAT..ni obviously la kan..bagus la kahwin muda kalau nak elak maksiat..tambah2 kalau kau da jumpa laki kacak bergaya dan paling penting dia ada gaji tetap setiap bulan..ha apa lagi?? kahwin lah!! haha..gaji bukan 10k pun takpe, janji ada tempat tinggal, makan cukup, ada transport, kancil pun jadi..biar hidup bersederhana, asal bahagia :D

mak aku da warning, habis belajar baru boleh kahwin..hahaha..aku pun tak berani nak kahwin awal2..aku ni da la tak berapa nak matang..karang mau aku meraung sebab tak reti buat breakfast untuk suami..haha..biarlah enjoy dulu dengan kawan2..lepas kahwin da ada tanggungjwab lain..yela, lepas kahwin tak kan aku nak overnight lagi dengan girlfriends aku kot, mahu laki aku cari lain!!.

2 comments:

  1. kih3~
    best2 topic kali ni..hoho~
    btw..dayah no komen...
    dayah plk,c dia ckp,habiskn study dlu...n dia bg can keja(sailing) 3-5 thn...
    INSYA ALLAH..ajal,maut,jodoh,pertemuan d tgn ALLAH..=)

    ReplyDelete
  2. oo..hehe..pstu keje kt ofis la?
    btoi2..semuanya Allah yang tentukn..jnji kita da wt yg terbaik :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance