Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 26 July 2010

telekung

7 tahun sebelum ni, aku bukan lah perempuan yang 'true' punya perempuan.. dulu aku agak boyish..barang2 perempuan ni, jangan haraplah aku nak ada..pink ape ntah lagi kan, kononnya warna tu simbolik untuk perempuan, tapi memang aku tak minat langsung warna tu..sebab tu sekarang bila tiba2 aku pakai tudung pink semua orang histeria macam nampak Parmela Anderson pakai tudung..tapi sampai sekarang pun aku tak suka warna tu ;)

masa dan peredaran usia mematangkan aku..cewaahhh!! sejak pandai bercintan cintun la aku berubah sikit2 jadi perempuan..tapi dalam diri aku still ada kasarnya..sapa2 rapat ngan aku, tau la aku macam mana :D..

tiba2 aku teringat kat seorang adik sedare aku ni..die perempuan, nama Aisyah..waktu aku form 1, die kecik lagi..aku suke bawa dia naik motor, round2 pusing kampung..disebabkan perwatakan aku kasar, cara pakaian pun tak macam perempuan, bentuk badan pun macam tiang lagi time tu, die ingat aku laki..dia panggil aku 'abang ayong'..haha..aku biarkan je

satu hari tu, dia datang rumah aku..mengekor je aku pergi mana..then aku sembahyang..die duduk depan aku tengok aku sembahyang..dulu aku jahiliah sikit, time sembahyang pun aku boleh kenyit2 mata kat dia, jegil2 kat dia, tapi dia sikit pun tak bergerak dari situ, kusyuk je die tengok aku sembahyang, macam tak pernah tengok ibu dia sembahyang je gayanya..

tiba2 ibu dia masuk bilik aku..dia pun pelik kenapa anak dia stare aku baik punya..then auntie aku tu tanya anak dia "aisyah, kenapa Aisyah tengok ayong macam tu"..tanpa diduga, dia jawab "ibu, kenapa abang ayong sembahyang pakai telekung"..hahahahahahaha..kau bayangkan, aku da nak tahiyat akhir da, aku tergelak macam nak gila..makcik aku tak payah cakap la kan, gelak sampai meleleh air mata..benda tu jadi lawak sebab intonasi dia tanya tu, sangatlah innocent..alahai Aisyah, aku perempuan la.. :'D

sejak hari tu la, ibu dia explain yang aku ni perempuan..ha mulalah banyak tanya, kenapa aku tak macam kakak dia, main masak2 ke, pakai gaun ke..meroyan la aku, kalau aku pakai gaun time tu..haha..sejak time tu la, aku belajar jadi perempuan sikit..lama2 hasil lah aku yang sekarang..nak jadi betul2 perempuan, jalan tuunduk, cakap sopan tu payah la sikit..tunggu la 20 tahun lagi, mana tau time tu boleh dapat 'tokoh ibu sopan Malaysia' huahuahua..tapi aku selesa dengan diri aku sekarang, kawan2 pun selesa ngan aku..janji no hypocrite :D 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance