Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 23 July 2010

Selamat Hari Raya :D

jemputlah datang rumah..tak de ape pun..ada la import kuih raya dari London sikit, lembu nak buat rendang pun import dari New Zealand, sangat gevam lembu dari sana..sedap buat rendang, empuk je..haha..gila!! actually aku baru habis ganti puasa yang tertunggak hampir2 setahun..da nak masuk Ramadhan baru terkinja-kinja nak recall kene ganti berapa hari sebenarnya..itupun bila aku dengar mak cakap "nak puasa la nanti time 10 Rejab"..aku da gelabah!! dalam hati da nyanyi lagu "muharram safar rabiulawal,rabiulakhir, jamadilawal, jamadilakhir,rejab, syaaban, RAMADHAN, syawal, zulkaedah,zulhijjah"..cepat2 aku tanya "mak sekarang da rejab eh?"..pastu mak jawab "ya Allah Nadia, nak masuk Syaaban da!!"..ah sudah, time tu ada lagi 6 hari aku tak ganti..huhu

so bila da balik dari cuti, aku gagahkan la jugak diri nak ganti..hutang tetap hutang kan?? da la berhutang dengan Allah..aku tak boleh puasa ganti kat rumah, banyak dugaan..pukul 12 rasa nak berbuka, sambung lagi half day esoknya, boleh tak gitu?? hehe..aku cepat2 nak ganti, aku takut tiba2 aku terperiod for a long time ke, mampus tak sempat ganti..mampus mak membebel sampai aku da kahwin agaknya..mampus!! mampus!!

so minggu ni aku ganti straight 4 hari..tadi aku call mak, dengan bangganya cakap "mak, Nadia da habis ganti puasa, Nadia puasa straight dari hari Isnin, da kurus da rasa"..mak jawab "ha baguslah kurus, nnati gemuk takde sapa nak" -_-''..aku sebenarnya sangat mengharapkan mak aku jwab macam ni "bagusnya anak mak, sejuk perut mak mengandungkan kamu, boleh jadi contoh kat adik2, nanti mak bagi upah sebab da puasa penuh ye" :D

bila da berbuka tadi, mula la rasa aura raya tu..rasa nak panjat bumbung blok aku ni, nak takbir raya kuat2..haha..padahal orang lain da lama habis ganti..huhu..bila cakap pasal raya, rindu pulak suasana tu..suasana kemas rumah seminggu sebelum raya..mak ngan adik buat biskut raya..aku tolong ayah mengecat, cuci tingkap..aku memang tak suka involve kan diri aku dengan makanan time puasa..perasaan macam vampire tak dapat darah tu sangat la tinggi!! so aku lebih rela kerja panjat2..baru handsome orang kata..pastu buat2 tercalar tangan kat tingkap, ha kan boleh ngelat..kalo buat biskut raya, tak kan nak buat2 bakar tangan dalam oven kot kan..but overall aku lagi suka duduk depan TV tengok Thomas and friends ke, Tom and Jerry ke, Higlytown Heroes ke..baru rasa cepat je nak masuk maghrib tu..hahahaha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance