Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 4 July 2010

sekolah rendah

tadi aku keluar dengan kawan baik aku time sekolah rendah..murni kan jiwa aku, sekolah rendah da ada kawan baik..bukan macam budak2 hingusan lain 'eh2 jangan kawan ngan dia tau, semalam dia tak bagi gula2 kat kita'..padahal esoknya penghasut tu la yang jalan berpeluk dengan orang yang dia tak bagi kawan tu -_-''

bila ingat balik kenangan sekolah rendah, rasa nak sula diri sendiri, sebab tahap kebengapan tak dapat dimaafkan..paling popular aku rasa main ejek2 nama bapak..apa sawannya entah..yang peliknya nama bapak2 kitorg pun masing2 senang kene ejek..cuba nama bapak aku 'Umar Rayqal', terteleng kepala diorang fikir nak ejek ape kan..ni nama bapa aku Roslan..paling popular aku kene lagu ni 'Lan Lan Lan botak, Lan makan taik katak'..what the hair la kan..ayah aku punya la hensem rambut berkilat, dia katanya botak

ada seorang kawan aku ni, punya la berani, depan ayah aku die boleh nyanyi2 lagu tu dengan girangnya, nasib baik dia tak menari mak yong sekali -_-''..nasib baik ayah aku sedia maklum budak tu memang senget sikit, lagipun die anak kawan ayah aku..langsi2 dia pun, aku baik dengan dia, sebab aku pun langsi gak..haha..jujurkan aku mengaku?? :)

nama bapak die ala2 brand motor..ha korang fikirla sendiri apa..honda bin abu ke, yamaha bin manap ke..satu hari, aku panjat tangga kat library nak letak buku kat rak..aku panjat tinggi sekali..dari tingkap library aku nampak die, then aku jerit nama bapak die kuat2 dalam nada mengejek..puas hati aku!! terbalas dendam rasanya..nyanyi2 aku susun buku2 yang lain..tiba2 aku rasa tangga bergoyang..budak mangkok tu yang gerakkan tangga tu!! betapa gayatnya aku time tu, rasa nak terkencing..tangga tu bukan yang bentuk A tu, dia just tangga yang kene sandarkan kat something..punyalah aku rasa nak merayu kat dia 'weh tolonglah, jangan la buat aku macam ni, besar nanti aku kawin ngan ko eh'..nasib baik aku tak terlepas cakap macam tu..last2 aku jerit panggil cikgu, selamatttt~~

sejak hari tu aku amik inisiatif tak nak ejek nama bapa orang da walaupun dorang ejek bapa aku..sebab mak kata 'sapa kata orang, orang yang dikata tu dapat pahala' ..time tu rasa nak suruh dorang ejek nama aku pulak :)) (tapi da besar ni macam lupa pesan mak)..lagipun aku takut kene humban dalam Sg. Perak pulak ngan budak senget tu..

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance