Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 11 July 2010

ouh class da start!!

hari ni ada 3 kelas je, supposedly ada 4 kelas..kelas Criminal Law 1, Business Accounting and Retorik..kelas Tort je tak start lagi..so far lecturers look nice..maksud aku bukan kacak atau cantik, tapi baik..tapi entahla kan, baru 1st class je pun..hehe

esok ada 3 kelas je tapi semua Law Subjek..Family Law, Business Law and Constitutional Law 1..ayyoo!! word law tu selalu menggelabahkan aku..bermain dengan fakta yang bukan auta!! kene belajar elok2, masa depan ni woi woi woi..ceh!! tiap awal sem pun cakap macam tu, tapi hasilnya heh, hampeh!!

lecturers da brief pasal assignments, tests, carry marks and so on..haish!! ni yang wa tak suka ni..cerita la 2 3 minggu lagi ke, ni hati baru otw nak balik dr rumah, da nak bagi assignments bagai..lek luuu..sem ni sem panjang sebab cuti final sebulan je..kedekut!! bagi la 2 bulan ke, syok sikit nak berdating dengan pakwe dan makwe2..

da la tengah final ada cuti raya haji..tak feel langsung..mana nak fikir next paper lagi, nak fikir lembu mane yang nak kene sembelih lagi, nak buat daging masak apa lagi..macam2 la..kalau aku tak balik, study kat sini pakai baju kurung, agak2 korang pelik tak?? agak2 mak aku nangis2 tak?? agak2 ayah aku nak pos lembu sekor kat aku tak?? agak2 DPP aku ada sediakan biskut2 raya tak?? agak2 Nadia ko nak kena lempang tak?? =P

lambat lagi woi benda tu nak jadi..cool sudah, kata cool..tapi aku kene prepare mental dan fizikal dari awal..sekarang kan masa cepat berlalu, bagai ditiup angin sembilu yang menusuk kalbu di pagi yang kelabu..nanti orang gelabah fikir nak balik ke tak, I already come with decision..hehe..boleh bangga di situ..boleh menampakkan yang aku ni seorang pelajar yang jitu serta bermutu samy ..tapi macam mustahil je aku tak balik kan?? sembang kencang Beron!! haha

notesasukehati : kan aku kata aku nak update blog hari2..baru tegar!! haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance