Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 7 July 2010

impian hidup

tiap orang mesti pernah berangan kan 10 tahun lagi macam mana la hidup kita ni..berangan pulak mesti yang superb2, yang best gila, tak nak kalah punya la..

kalau nafsu tamak haloba aku datang, nafsu riak takbur ujub semua, apa yang aku impikan mesti yang mewah2..nak ambil anak2 kat sekolah at least guna kereta ni :


nak pergi pasar beli ikan keli, kereta ni pun da cukup (walaupun kaya, tak lupa diri, nak makan ikan keli juga :D )

                                       

kat hall rumah, ada la sebiji benda ni..agak2 anak nakal, rendam kan je :




tapi kan bila fikir balik, kalau ada semua benda ni pun hidup tak bahagia buat ape?? kalau ada benda ni semua lupa kat Allah buat ape?? Dia nak tarik, seminit je fiuuuu hilang semua..ada keluarga yang bahagia, duit cukup tanggung hidup, boleh sedekah sikit2 kat orang yang memerlukan, cukup la kan?? bersederhana kan lebih bagus.. :)

hidup mewah, orang gaji keliling pinggang, ada Mc'D dalam rumah, ada lane bowling, nak park kereta kene beli tanah 1 ekar, tapi kalau tiap kali balik rumah orang gaji yang sambut, tiap kali nak makan mengadap kerusi kosong, tiap kali nak tengok tv tak de sape nak main rebut2 remote buat ape kan?? tak chill la life kau gitu!! bapak bosannya..rumah besar macam istana, yang duduknya sorang, kereta 18 biji, drivernye sorang..boooo gila..haha..tambah teruk kalau ko jenis sombong gila babas, tak reti berkawan dengan orang, nasib la..lame!

baik hidup sederhana, ada anak 3 4 orang, ada orang sayang kita, ada orang care pasal kita, ada kawan nak gaduh2, ada kawan nak manja2..walaupun orang tu tak sentiasa dengan kita, tapi kita tahu kita sentiasa dalam doa dia :)

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance