Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 19 July 2010

family 1 Malaysia


atas ni family side mak aku..aku rasa tok aku ade kuasa psychic yang boleh tahu 1 hari nanti Najib akan perintah negara ni dan akan lancarkan slogan 1 Malaysia..sebab tu dia kahwin banyak siap2..bijak pulak tu, kahwin dengan orang apa ntah, yang aku tau lepas dia kahwin ngan tok aku baru die convert Islam..aku pun tak reti nak describe nenek tiri aku orang apa..yang pentingnya bila da campur ngan benih tok aku yang berketurunan alagapas, maka anak2 keluar muka macam orang pakistan terlebih tanned..haha

adik beradik mak aku muka melayu la for sure sebab nenek aku Melayu..tambah dengan kegelapan tok aku, so ada yang ternegro sikit..haha..taste anak2 tok aku pun memang 1 Malaysia, sorang makcik aku kahwin dengan mamak..mak aku and sorang lagi macik aku kahwin dengan laki mata sepet kulit putih, means keturunan Cina..hasilnya hambik ko..ada yang mata sepet. hidung kemek, mata bulat, hidung mancung, putih, gelap, sederhana semua ada!! macam2 ada la..pilih je nak kriteria macam mana, ada punya dalam family aku..tapi kalau nak yang cantik, sopan, elegant, sofistikated, aku boleh rekemenkan hahahahhahahahahahahaha *fahamkan kenapa aku gelak panjang ;)* 

aku suka family ni..perkataan tiri tak memisahkan kitorang..nenek aku yang aku tak berapa nak sure bangsanya tu walaupun da divorce dengan tok, tiap kali raya balik rumah tok aku ok..siap main masak2 ngan nenek aku lagi..tok aku banyak anak perempuan, bukan reti nak menolong, duduk dalam bilik bergosipp..nama pun perempuan kan..campur dua2 family tok aku ada 14 anak, dan 9 adalah perempuan u..cucu pun banyak perempuan..suara masing2 macam meriam buluh..bila balik raya siaplah, kampung tu akan di conquer oleh suara kitorang..ketuanya haruslah aku sebab aku cucu sulung..auwww! haha

notesasukehati : sila cari aku dalam pic kat atas..sumpah sampai mati korang tak kan jumpa, sebab aku takde time tu..haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance