Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 8 July 2010

bola itu bulat, word cup tu piala pusingan ke??

rata2 1 dunia kene pukau dengan what so called world cup (wc)..semuanya bagaikan berada di bawah cawan dunia yang terlingkup, yang lupa di luar sana ada gadis jelita, ada anak yang kelaparan, ada kucing yang nak mengawan..sana sini orang mengagungkan pasukan pilihan masing2..di kedai mamak, kedai basikal, kedai dobi, pet shop *tibe2 english* sembang pasal bola..macam kalau pasukan yang disokong menang kita dapat royalti..haha..tapi aku tahu, ianya satu kepuasan bila tak tidur malam and pasukan yang disokong menang..tapi ianya juga satu kecilakean bila sebaliknya berlaku..

aku tak berapa minat bola..aku tak tahu pemain bola ada berapa orang dalam satu pasukan, aku tak tahu corak permainan, yang aku tahu bola itu bulat..aku suke tengok cara  Ronaldo menggelecek bola, tapi tak semestinya aku sokong Portugal..aku kagum dengan gigi Kaka, tapi aku juga tak sokong Brazil..aku terpegun dengan ketampanan Van Persie, tapi aku baru tahu dia anak jati Netherlands..aku memang tak into dengan bola ni..dulu aku layan juga, Premier League, semestinya MU la kan..tapi da makin meningkat dewasa ni, aku lagi suka tengok ekspedisi bersama Chef Wan..haha

aku kagum dengan isteri yang bergaduh dengan suami sebab sokong pasukan lain2, aku kagum bila adik beradik bergusti bila nak menangkan pasukan masing2, aku kagum tengok antara kawan tak bertegur sapa sepanjang wc berlangsung,aku kagum tengok ramai2 lepak kat mamak layan screen besar pakai jersey bola pasukan yang disokong tetapi malu nak bangun bila pasukan tu kalah..haha..ironinya *sumpah aku pun tak tahu maksud word ni*, dari pergaduhan manja2 macam ni la boleh mengeratkan silaturahim..

betapa besarnya penangan bola, manusia pun boleh berubah..contoh terdekat mak aku..tercekik aku bila dengar dia sembang dengan ayah aku "tak sangka Argentina boleh kalah teruk, dorang main smart jugak, German pandai susun strategy" erk?? mak aku ke ni?? aku ingat mak aku kenal bebola ikan je..heh

notesasukehati : Malaysia bile lagi ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance