Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 28 July 2010

air cond

rumah nenek aku ada 2 biji air cond..bukan nak berlagak, 2 biji je pun, bukan 20 biji, kau ingat nenek aku berak keluar berlian nak pasang 1 rumah air cond??..itupun korek2 tanah cari cacing jual kat pemancing sbg income nak bayar duit elektrik..

1 air cond kat master bed room, bilik tok and nenek aku main geli2 malam2, takkan aku nak menyempit kat tengah2 pulak kan?? lagi 1 kat bilik sebelah dia, aku selalu tidur bilik tu..dari sebelum air cond tercipta lagi aku tidur bilik tu, erk' maksud aku tercipta kat bilik tu la..

aku kan village girl..acece saja nak type omputih bagi tak nampak kampung sangat..yang aku perasan, i'm not really  into air cond ni..ceh! ceh! omputih lagi!! 0.o..bila masuk bilik berdingin hawa je, bukan hawa yang dingin, mesti hidung aku tersumbat..bagaikan disumbat ekzos kereta 4wd di hidung mancung ku ini..hotak lu mancung!! haha..lepas tu mesti rasa tangan macam paralyse sebab tak boleh beraktiviti even nak buat aktiviti ringan seperti garu telinga..

kalau nak tidur, mula la aku sesak nafas!! termengah-mengah cari oxygen, sumpah la tak nampak, da la bilik gelap, dengan bantuan torch light pun sampai mati aku tak kan nampak oxygen tu macam mana rupanya..bulat ke, petak ke, pyramid ke, macam Aaron Aziz ke..ok over!! last2 aku kene pakai bantal tinggi supaya aku boleh bernafas ala2 lubang hidung berdiameter 10cm..tak kan aku nak tutup air cond tu kan?? 1 kerja pulak nak panjat tingkap tutup dengan kain..ok2, maksud aku switch off..sebab dalam bilik tu, bukan aku tidur ngan laki aku!! aku tidur ngan auntie aku..so kena la berdiplomasi sikit..oh ngan laki sendiri nanti tak payah bediplomasi eh?? ok2 -_-''

so sape2 nak goda aku, cakap "rumah I ada aircond 56 biji, dalam toilet pun ada, meh la kahwin ngan I"..podah!! bolayann..kalau cakap mcm ni, boleh diterima "tiap minggu I pergi Cameron Highlands, cari ketenangan jiwa, makan strawberry 24 kotak, angin pun free je, nyamann"..oh kita sama! kita sama! jom kawen sekarang!! haha..fake air is not into me!! village girl betul la ko Beron!! :D

2 comments:

  1. kenapa aircond muka aaron aziz oh..ari2 ak rs k sedut tamo hembus dah! simpah aaron dlm paru-paru..oh shuweeettt!

    ReplyDelete
  2. tersekat mti trus ko kalo aaron aziz dlm tu..mau die drift..hahaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance