Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 24 June 2010

Jaya Jusco Kinta City

entri ni bukan nak cerita asal usul JJ Ipoh or bagaimana dia terkenal or siapa yang tubuhkannya..entri ni nak habaq kat hangpa *nape tiba2 slang Kedah?* macam mana aku boleh habiskan masa dari pukul 12 tengah hari sampai 6 petang tanpa seminit pun mulut berhenti bercakap or gelak sampai aku da pegang luka operation aku, takut terburai!!

aku, Ros, Eyda, Intan, ngan Dini jumpa semalam..sebelum Intan datang kitorang lepak kat Mc'D hampir2 sejam..mengunyah sambil bercakap, jimat masa..then kitorang tengok Toy Story 3..lawak gila hokeyh citer tu!! ramai penonton bawa anak masing2, kitorang mampu bawa anak tekak je la..haha..eleh, tu bukan anak2 yang nak tengok, mak bapa yang terkinja-kinja..macam aku tak tahu muslihat licik dorang..yela, fikirlah, tak kan anak baru nak belajar merangkak pandai tengok cartoon!! haha..da la tak payah nak berdalih..aku faham :)) *sebab nanti aku pun mungkin buat camtu..hehe*



lepas habis wayang, Intan pun menjelmakan diri..dorang shopping, aku tak sebab baru lepas shopping dengan mak..cuti2 ni mak la banker aku..hehe..aku setuju dengan Intan bila dia cakap "aku bersyukur tak jadi pakwe korang"..ayat ni di tuju khas kepada Eyda, Ros dan Dini..pegang 6 baju, masuk fitting room 4 kali, beli 1 baju yang tak di try pun..tahniah cik Eyda! haha..bila dorang bertiga masuk fitting room time yang sama, aku rasa kalau CCTV detect sound paling mencurigakan, mesti CCTV menghala ke dorang..astaga!! buat fitting room macam toilet aspuri MRSM Lenggong..suara dorang je la kat JJ tu

Dini.Intan.Eyda.aku.Ros
(sebelum shopping)

dua dah hilang-eyda muka tak sabar nak shopping



last2 tinggal berdua, jadi penunggu setia depan fitting room :)

pukul 6 blah pergi Burger King (bk), K.E nak jumpa kitorang..K.E mempunyai jantina yang opposite dari kitorang...K.E tak kekok ngan kitorang sebab dia ala2 iguana, boleh adapt dengan environment walaupun time tu kitorang gelak sampai kene jeling dengan orang yang tengah tengok bola..hoi pakcik, nak tengok bola dengan aman tengok kat rumah la!! =P



     
*sori pic k.e takde sebab dia tak hensem..haha..tak la, sebab aku lupa nak amik pic dia :))

pukul 7 nak balik da, hantar Dini kat rumah dia..balik tu aku drive kereta Ros coz dia tak nampak drive malam..nasib baik kitorang pergi time aku da sihat sikit, kalo tak mahu panggil tow truck tarik kereta yang sihat walafiat ke Kuala Kangsar..haha

2 comments:

  1. hahaha' ak rs mcm nk p hospital lps bc nie.kalau doc kata sakit apa..ak nk jawab..saya gelak berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. nsib baik ko xkate apendix! haha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance