Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 20 June 2010

Father's Day

sebenarnya aku tak tahu bila father's day..as usual, aku tengok orang lain wish, aku pun nak wish lah, baru ikut trend kan?? hikhikhik *nape gedik piang sangat gelak camni*..

sebelum tu mari aku cerita sikit pasal ayah aku..he's a very family man..dia tak romantik langsung ok, kahwin dulu pun family yang arrangekan..bertuah mak aku, dia perempuan pertama dan maybe yang terakhir untuk ayah aku..bukan macam orang zaman sekarang ni, selalunya dapat saki baki orang lain..haha..memang orang kata couple ni kene kontra, baru match each others kan?? macam mak aku kepoci gila, kalau dapat bergosip sampai kadang2 tu dia lupa yang dia da berlaki..haha..ayah aku pulak pendiam..tak banyak cakap, sampai adik2 dia lagi baik ngan mak aku dari dengan dia..dia banyak cakap ngan mak aku je :)

hidup ayah aku hanya ada mak aku je..semua benda mak aku uruskan..comel tak weh, nak pergi isi minyak kereta pun nak mak aku teman?? lelaki memang manja walaupun dia pengganas dunia..haha..ayah aku jenis tak reti show his love..sumpah tak reti!! dan aku mewarisinya..haha..tapi aku tau dia sangat sayang kat kitorang..time mak aku sakit, dia yang nangis, mak aku gelak2 je dalam wad..dia tak tunjuk dia nangis, tapi aku ternampak, last2 aku nangis sekali..haha

sepanjang pemerhatian aku, ayah aku seorang yang sangat amanah..kalau ikutkan kerja dia, nak terima rasuah memang boleh sangat aih!! kalau dia ambil semua duit yang orang nak bagi, ntah2 sekarang aku da duduk kat bungalow 4 tingkat setengah ada lif lut sinar, ada kolam renang pelbagai warna 5 biji..tapi dia tak pernah ambil..nak buat ape pun kan hidup atas duit tak berkat?? kalau orang bagi tanpa sedar dia, dia akan cari balik orang tu nak pulangkan..kalau aku mahu beli psp sebiji..hahhahaha

overall, I have a really2 great father..tanpa dia, tak de la blog aku.rase.aku.cool ni..hehe..ayah, I LOVE U so much..u are the greatest man in my life :))

to all the fathers, especially ayah, tok, bakal bapak mentua, pakcik2 aku

HAPPY FATHER'S DAY
lead the rest (ur family) to the best ;)

2 comments:

  1. ak pn tataw father's day ble weh..seb bek aritu p jj kat mne ntah de banner 2lis father's day 20hb nie..

    br ak taw..hehe

    mmg kontra ayh n mak ko' ak ingt ag time p psr dlu..haha

    ReplyDelete
  2. 0h 20hb..hahah..eh hr ni la?? aku ingt smlm..haha

    psr mne weh??

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance