Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 15 June 2010

apendiks (siri akhir)

kan best kalau cerita betul2 pun pendek je, macam cerita apendiks aku ni..takde la aku buang masa seminggu nak habiskan 1 novel..kalau nak cerita detail, memang letih la!! nurse nama apa, doctor asal mana..aku cerita yang penting je..kot2 pengalaman aku boleh jadi panduan korang satu hari nanti ;)..ape aku merapu ni??

mari start!!

aku sedar time ala2 Subuh la..berdasarkan kadar kegelapan, hmmmm tak dapat aku nak meneka pukul berapa..time tu sakitnya, masyaAllah!! pandang2 sebelah pulak tengok mak takde teman..oh no!! rasa nak menangis..ini rasanye 1st time aku sakit agak teruk dan mak ada di sebelah..syurga!! bukan senang nak bermanja ;)..aku tak boleh bergerak walaupun seinchi setengah, pedihnya bagai diperah lemon dan ditaburi garam halus atas luka yang baru ditoreh dengan pisau rembo..nak tahu rasenya, cubelah toreh tangan..tangan je pun!!..sakitnya lebih sakit dari sakit hati bila dapat tahu suami kene tangkap basah dengan janda anak 5..aku serius ni..

aku rasa time tu aku masih di bawah pengaruh ubat bius..lalu aku sambung tidur..aku sedar pukul 8 bila nurse nak ambil tekanan darah and suhu badan..time tu aku kene bangun duduk..proses nak bangun tu, tak perlu aku cerita kan..nanti mau mati semua pokok cili di Malaysia gara2 penduduknya terpengaruh dengan kesakitan yang aku alami lalu memilih tak nak makan pedas2 lagi..kebarangkalian sakit yang aku alami ini hanya ilusi diri aku sendiri pun tinggi..aku surrender!! tilam terpaksa dibangunkan guna pemusing..sangat bersyukur ada manusia yang berotak kreatif nak buat tilam boleh dibangunkan gune pemusing!!..guna benda tu, sakitnya tetap menyengat!!

lepas beberapa jam aku gagah juga pergi toilet yang jauhnya tak sampai sekangkang beruk pun..tapi aku ambil masa ala2 2 purnama nak sampai ke situ..aku terpaksa tunjuk aku gagah depan doktor yang bahawasanya aku boleh jalan walaupun macam kura2 kena diabetes..kalau tak aku tak boleh balik!! kesengsaraan diteruskan dengan tegar sampai pukul 6 petang, doktor pakar datang kata aku da boleh discharge!! yehaaa!! tapi bila fikir aku kene jalan pergi toilet salin baju hospital yang macam baju pesakit jiwa tu aku rasa macam nak bogel je balik..haha..tak larat nak berjalan

-tamat-

*now I'm getting better..makan kanji..jalan macam orang tak de kaki..nak bangun kene paut kat something..suara tak boleh kuat2, nanti sakit..tak boleh batuk, tak boleh bersin, pedih!!..tiba2 pulak kene senggugut..memang nice!! syukur tak payah susah2 nak solat, tapi tiba2 aku terfikir, macam mana aku nak bongkok nak cuci pad?? harus guna kaki..darurat!! kalau aku bongkok, sampai esok tak bangun rasanya..tapi aku cuba perlahan2..tak kan sebab sakit operation, pad harus diduakan kan?? ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance