Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 22 March 2010

teringin + gian = teringian

korang penah tak rase korang tak boleh nak control nafsu??..haipp! jangan fikir bukan2, maksud aku nafsu makan..sekarang ni aku teringin gile2 nak makan ikan bakar..at first  aku teringin makan kat 1 kedai kat umah aku tapi tengok keadaan sekarang yang busy mengalahkan menteri pelancongan tak mungkin aku akan dapatkannya dalam mase terdekat..aku da jadi ak tentu arah, ibarat tidur tak lena, mandi tak basah, langgar tiang tak sakit, bf lambat balas sms da gelabah..ha itulah aku rase!

so aku decide nak ajak kawan2 aku pergi Kuala Perlis hujung minggu ni walaupun duit cukup2 bayar zakat untuk tahun ni je..huhu..tapi aku nak pergi gak..kalo dorang tak nak teman aku pergi sorang..tapi, aku tak tahu jalan! haha..tapi aku rase kawan2 aku nak teman sebab dorang pun ala2 pirana gak..tadi aku bagitau dorang macam on je..oh sahabat, jangan buat aku kempunan =(

aku tak pernah rase macam ni..entah kenape tibe2 je..kalo la sebelum dapat aku mati, agak2 jadi hantu tak merayau2 kat Kuala Perlis cari ikan bakar?? tapi takpe, jadi hantu pun aku rase ade orang nak meminang aku lagi..haha..nak balik rumah memang tak dapat la!! assignment la test la pekejadah la..homesick pun ye, bfsick pun ye, sekarang tambah lagi satu, fishsick!! extravaganza betul..mintak2 malam ni mimpi makan ikan..

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance