Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 25 March 2010

peristiwa tadi

pagi tadi aku bangun awal ke kelas..rajin kan??..semangat betul aku ke kelas hari ni, ibarat seorang ibu nak dapat anak sulung..aku pergi sorang sebab perempuan2 lain baru bersiap..sampai kelas, aku dapat tahu kelas batal!! sumpah aku tak suke announcement macam ni bile aku da bace doa nak belajar..aku tak hebahkan kepada perempuan2 yang lain, biar diorang datang kelas gak..hahahahhaha *devil laugh*

then kitorang pergi Varsity Mall nak bayar duit bas..setelah kecoh2 kate sape tak bayar tak boleh add drop, baru kami terhegeh-hegeh nak pergi..jauh tahu tak?? boleh sembahyang jamak!! *ini tipu*..sudahla cuaca sekarang macam nak jadikan aku warga Nigeria..tapi pakwe Wawa kate "tiap kesabaran tu ade ganjarannye"..so aku terus bersabar, melangkah dengan berbaju kurung di tengah2 panas terik..nasib baik tak pakai heels, kalo tak mahu aku sangkut kat tengkuk, jalan berkaki ayam..sekarang ni aku da kurangakan bergosipp, aku takut malam2 aku kepanasan tak boleh tidur, sekarang Allah bayar cash je!!

on the way nak pergi V Mall, tibe2 kitorang dengar bunyi letupan diikuti asap hitam berkepul-kepul..aku terus cakap "bangunan kene bom kot, as perasmian pesta konvo"..oh sekarang U aku tengah ade majlis konvokesyen..bile la aku nak konvo, nak kawen..hahaha..eh menyimpang pulak...Dila pulak membuat assumption "lori terbakar kot" haha..lagi tak boleh bla..pastu kitorang buat bodo je la, tak kaco hidup aku pun

sampai di V Mall, kitorang pergi Bank Islam..astagfirullahalazim, ramai gile orang..lepas amik nombor, pacik guard nasihatkan datang lagi sejam..so kitorang pergi lepak2 makan2 dulu..tak sampai sejam kitorang pergi sane balik, sebab nak duduk kat aircond..pacik tu tanye "eh da sejam ke?"..aku jawab "panasla pacik kat luar, nak bersila kat sini boleh?"..ade sorang laki gelakkan aku dan offer aku duduk atas riba dia, aku on je!! hahahahaha...*yang bold tu hanye penipuan* =))

selesai semua, kitorang pun  nak gerak balik..terjumpe Alfie yang membuat persembahan opening pesta konvo, lengkap berbaju hitam..ingat hensem??da macam orang berkabung tau tak!! haha..die bercerita, letupan yang kitorang dengar tadi sebenarnye pesawat terhempas..pesawat terlibat wat perfomance untuk opening ceremony, macam mane salah control terhempas..yang sadisnye, pilot tu meninggal dunia..Innalillah..kepada keluarga die, isteri ke gf ke tunang ke, takziah diucapkan..al-Fatihah..bak kate classmate aku tadi "pesta konvo kali ni dibuka dengan tragedi berdarah"..=(


tibe2 aku terfikir, bile2 je Allah boleh cabut nyawa kita..kaki tersangkut dalam toilet bowl pun boleh menyebabkan kematian..

6 comments:

  1. c0nclusi0n k0 xleh blahh. haha

    ReplyDelete
  2. eh kuang ajaq nampak?hahahah

    ReplyDelete
  3. pa motif ang ckp yg last skali tuh??hurmm...kuakaka..x ckup kseh syg ka??hehehe

    ReplyDelete
  4. mir : hahhaha..terselit plk
    alfie : hehe. betul la kan??
    dila : x..hahaha

    ReplyDelete
  5. weh3..
    pilot yg mninggal 2 abg k0smate ak..
    huhu

    ReplyDelete
  6. ye ke dot?? huhu..ckp takziah eh =(

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance