”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, March 16, 2012

I'm not really into girl stuff

Da lama aku perasan, taste aku tak macam kebanyakan perempuan lain. I'm not fashionable. Dari mula tahu wajib tutup aurat, tudung bawal la aku pakai till now. Tak berminat nak belit2 pakai shawl, pakai skirt bertingkat2, pkai dress dan cardigan, pakai heels. Bab trend aku memang so not up-to-date. Aku lebih selesa tampil simple, kemas and bersih.

I don't wear makeups, I mean heavy one. Aku just pakai compact powder and lip balm. Walaupun sedar mukaku banyak cela, tapi biarlah, natural is always beauty hek hek hek. Aku berazam to apply simple makeups on my wedding day yang entah akan jadi ke tak, yang entah bila. Sebab aku tau bakal pengantin yang tak makeup menjelang hari pernikahan ibarat zombi mukanya, yela tak tidur berhari-hari nak pastikan semua lancar. Tak makeup karang bukan takut bakal suami lari, tok kadi lari lagi nightmare aku rasa haha.

I love red, grey, white and black. So aku berangan (berangan je mampu for now), ruang tamu rumah aku nanti berasaskan warna ni. Aku nak ada satu white rack yang dihiasi kereta2 sports hiasan yang bewarna merah dan hitam. Nak buat hiasan kereta sports betul sumpah lah sedar diri tak kan mampu sampai bila2. Kalau dapat suami orang art, maka janganlah bergaduh, kita buat patisyen sendiri kat ruang tamu, baru rasa rumah macam muzium. Mula2 masuk, eh tema muzium ferrari? Bila ke belakang sikit, eh tema gallery art pulak? Boleh masuk Impiana rumah aku hahahhaha

Tapi kalau tiba2 satu hari nanti aku jadi geli (girly) entah la pulak. Time tu jangan terkejut kalau dalam kereta pun macam taman bunga hahahaha. Nasib la taste je macam boyish sikit2, naluri masih ke arah lelaki kah kah kah. Nauzubillah, jauhkan aku dari dilaknat seperti kaum Nabi Lut.

Dulu ada orang cakap aku ni simple orangnya, tak high demand, low maintenance hahaha. Sebab apa? Sebab dia tak pernah tanya apa aku nak dalam hidup. Kalau dia tahu, mahu meratap pilu terduduk tepi tiang mengenangkan jangkaannya meleset haha. Tapi aku tahu, apa yang aku angankan tu, hanyalah angan semata-mata. Hidup biar sederhana. Setakat Bora2 Island tu, aku jamin 100% syurga lagi indah (hint) hahaha.

Tak tidur lepas subuh then update blog, agak2 boleh murah rezeki tak? wuuuu

Wednesday, March 14, 2012

Kau kejadian terindah, kurniaan teristemewa dari Allah

Dia,
Orangnya simple, peramah, senang masuk dengan semua orang. Kalau dapat bersembang, berkedut aku tunggu dia dalam kereta.

Dia,
Adik beradiknya bilang dia anak kesayangan mak dan abah. Dia pandai ambil hati orang tua, hormat orang tua, tak pernah berkira, tahu batas gurauan. Kalau balik kampung, selalunya dengan buah tangan, even goreng pisang RM2, tapi mesti ada walaupun balik kampung hampir setiap minggu.

Dia,
Baik orangnya, sikit2 'takpe2'. Kadang2 aku yang naik bengang, semua takpe. -_-''

Aku nak contohi dia, walaupun banyak dugaan menimpa, senyum dan gelak tak pernah luput dari muka. Selalu jaga hati orang, taat pada yang Berkuasa, taat pada yang tercinta. Tak pernah mengeluh, sentiasa bersyukur.












Mak, Selamat Hari Jadi Yang ke 45!
May Allah grant you His bless, peacefulness and happiness, here and hereafter
You are my model, you are my idol
I love you, too much, and no words can describe how much you mean for me :)

Monday, March 12, 2012

Lisa dah kahwin. Aku bila? Eh? HAHA

Aku da kembali ke Sintok petang tadi, for 3 weeks. After that, cuti mid sem pulak, cepatlah masa berlalu, aku da homesick huaaa. Da la demam, jangkit dengan Hafiz, bageroo, dia kat rumah boleh manja2 dengan mak, aku? Tak kan nak manja dengan monyet wuu

Mula2 tadi ingat nak buat tutor Equity tapi tertengok video kahwin Lisa dengan Yusry pulak. Ya Allah indahnya ciptaan Allah kat Lisa. No wonder la most laki yang aku kenal suka dia. Yusry pun handsome, antara adik beradik dia, dia paling handsome huehuehue You both look great together, may last till Jannah :)

Sweet tengok perkahwinan dorang. Tiba2 rasa nak kahwin. Eh? haha. Ok abaikan.

Semalam aku mimpi, mimpi pelik. Aku mimpi pergi sembahyang raya. Then ada berduyun-duyun orang bawa mayat orang da tua, bukan untuk disembahyangkan tapi keranda dorang satu saf dengan makmum. Aku sembahyang sebelah keranda mayat. Chillax betul aku dalam mimpi tu, slumber je solat sebelah mayat. Then ada ustaz aku dalam mimpi tu, ajar budak umur 3 tahun jadi Imam. ???

Bila bangun, aku termenung ingat balik mimpi tu. Nak sedapkan hati aku buat conclusion, alim2 ulama yang da tua akan pergi menemuhi Ilahi, maka kena didik generasi kecil sekarang untuk gantikan mereka. Kenapa tak didik remaja yang sedia ada? Tengok la remaja sekeliling kita sekarang, antara 100, 99 tak boleh pakai wuu. #terasakahanda?yesayaterasa

InsyaAllah, akan ku didik bakal anak aku jadi Imam. Ameen. Heeee

Tadi terbaca berita sedih, budak comel yang hilang tu da meninggal dunia. Innalillah. Al-Fatihah. Syurga tempatmu dik, InsyaAllah. Kenapa manusia makin kejam? Tak malu ke dengan binatang?

Ya Allah, lindungi lah kami dari sebarang kecelakan.

Friday, March 9, 2012

Dengki punya pasal, lupa apa itu dosa

Orang meniaga makanan kat satu kawasan lapang, tak ganggu lalu lintas, hari2 berduyun-duyun orang datang, tup2 Majlis Perbandaran serbu nak robohkan sebab ada pihak yang mengadu *true story*

Meniaga makanan jugak, larisss. Sekali kena halau dengan tuan tanah. Tuan tanah bukan orang lain, ada talian darah *true story*

Seorang perempuan kena sihir sebab baik dengan seorang laki. Alkisahnya penyihir tu nak kan laki tu jugak tapi tak dapat. *true story*

Tahu kenapa semua kejadian kat atas boleh berlaku? Tak lain tak bukan sebab DENGKI. Tak boleh tengok orang lain up sikit, tak boleh orang lain dapat apa yang dia tak dapat. Kamonnn la people, aku ni bukan lah baik sangat, tapi at least aku percaya pada takdir Allah. Aku percaya jodoh, rezeki, ajal maut semua Allah da plan baik punya untuk kita.

Apa la salah orang tu kat kau. Tak menyusahkan kau pun. Dia meniaga nak cari rezeki, entah2 berderet anak kat rumah kena tanggung. Then kau letak pasir beserta taik kucing dalam periuk kuah laksa dia. Tak kesian ke? Tak fikir ke? Tak cuba bayangkan kau kat tempat dia? Kalau dorang mampu, dorang da bukak restoran macam Johnnys tu, dorang pun tak nak la meniaga tengah2 panas kalau ada tempat yang dorang mampu tanggung. Ayyaaa. Gua talak faham ini jenis punya wolang pun wujud ka?

Yang lagi sedih, sesama bangsa pulak tu buat onar. Aku bukan nak mengutuk bangsa sendiri, tapi tengok la sekeliling kita. Dan judge sendiri. Terima kasih.

Kisah ketiga paling sadis. Naya weh buat orang macam tu. Mangsa tak sangka pun kuih yang dibagi ada 'inti' lain. Nauzubillah. Lindungi aku, keluargaku dan rakan2 ku dari jahatnya syaitan ya Allah. Kau ingat sedap kene rasuk, kene santau? Memang aku tak pernah rasa tapi aku tau rasa tu seksa. Belajarlah terima hakikat tak semua kau nak kau akan dapat. Pergilah solat, pergilah mengaji. Cari ketenangan. Ketenangan tu benda paling berharga dalam dunia.

Ayah takut benda2 sihir ni jadi kat kami sekeluarga. Ayah suruh amalkan surah Yassin dan ayatul Kursi. InsyaAllah ayah :) Kita tak pernah berniat buruk kat orang, berlindung la dengan nama Allah. Ayuh amalkan bersama :)

Wednesday, March 7, 2012

Cuti sendiri

I'm at home now. Till Monday I guess. Sesuka hati aku je buat cuti sendiri. I need some therapy for myself. Da macam orang gila pulak nak terapi2 bagai. hahaha Sebenarnya saja gedik nak balik.

Tadi balik dengan Annur. Sampai RnR Bukit Gantang ibu dia ambil. Heaven nya bila keluar tol Kuala Kangsar, rasa tiada dunia lain da. Exaggerated kau Beron!

Da jumpa Arissa. Behave je, tengok depan2 tak macam Fatini, lebih muka Fakhri. Fatini kurang asam. Dia panggil adik dia baby pink, memang pink pun adik dia. Tapi dia panggil Haziq baby chocolate sebab Haziq gelap sikit hahaha.

I want to rest. Hope I find my peacefulness within these 5 days. Ameen :D 

Tuesday, March 6, 2012

cashier di 7E

Dari kecik, aku ada impian untuk merasa jadi cashier. Aku tak tahu kenapa aku rasa kerja tu menarik. Punch harga, terima duit, tekan2 mesin wang (mesin wang ye kakak2), rasa macam style. Rasa tak? Ke aku sorang yang rasa macam tu? haha 

aku: Mak, nanti Nadia cuti 2 bulan setengah, nak kerja la
mak: Kerja la, takde asyik mintak aku duit je
aku : -_- Nadia nak jadi cashier la, dari kecik teringin
mak : kerja la kat The Store Kuala tu
aku : tak nak, Nadia nak keje kat 7e, ada shift malam baru best :D
mak : ish bahayalah
aku : tak lah, cctv die connect terus ke balai polis (ini aku memandai haha)
mak : yela tu, sementara polis nak sampai, macam2 boleh jadi

Bila tak bole yakinkan mak, ayah lagi la bye2. Ayoooo. Dua tu memang impian aku. Orang lain impian kemain bommm kebabommm, aku punya impian nak jadi cashier kat 7e je. Tu pun susah nak dapat persetujuan mak ayah. Harus berdoa dan solat hajat mulai minggu depan supaya Allah lembutkan hati mak ayah aku. Ameen (Ameen kan sekali pleaseeee) :D


Monday, March 5, 2012

Maaf

Imam Shafie ada berkata;

"Ketika aku jadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu aku lakukakan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."

Aku tak punya iman seteguh Imam Shafie, aku tak punya jiwa semurni Nabi Muhammad SAW. Jujur aku katakan, hati aku keras, aku ego. Aku sedar semua tu, tetapi aku ada inisiatif untuk melembutkan hati ini, untuk mengetepikan ego yang tak berkesudahan ini.

Sukar nak mengajar hati untuk memaafkan seikhlasnya. Aku tak mahu hanya maaf dimulut tapi tidak dari hati. Tak maaf, bermakna aku tak redha dengan apa yang jadi, bermakna aku tak yakin yang Allah has a better plan for me. 

Maka aku ajar diri aku untuk memaafkan setiap salah orang pada aku. Walau besar mana pun salahnya, walau sesakit mana pun aku menannggung akibatnya. Aku percaya, dengan maaf, aku akan tenang. Aku pun bukan malaikat yang tiada khilaf, mungkin aku jugak ada buat salah. Dan aku mintak maaf untuk itu.

Aku sudah memaafkan untuk segala apa yang terjadi. Dan seikhlasnya aku meminta maaf jika ada salah dari pihak aku. Aku maksudkan untuk semua orang yang ada kaitan dengan aku. Ye, semua orang. Semua orang.

Berikan aku masa untuk terima semua ini, terima dengan seredha-redhanya.